WD perkenal My Book Duo untuk prestasi super dan lebih kapasiti

Share Button

WD terus menerus menerajui dunia storan. Kali ini WD memperkenalkan model terbaru storan luar WD My Book Duo, untuk kegunaan rumah dan pejabat. My Book Duo menggunakan dua cakera keras dan RAID serta sambungan USB3.0 untuk menghantar data yang besar dan juga kepantasan menghantar yang tidak terdapat pada satu cakera keras sahaja.

Kapasiti yang terdapat pada model My Book Duo bermula dari 4TB, 6TB, 8TB dan terbesar sekali 12TB. Ia juga dilengkapi dengan perisian untuk persekitaran data yang selamat dengan enkripsi, storan awan dan juga sistem duplikasi penyimpanan untuk memastikan data sentiasa selamat sepenuhnya.

Dengan penggunaan sambungan USB3.0, ia membolehkan penghantaran data dengan kelajuan sehingga 290MB/s. My Book Duo menggunakan perkakas RAID sebenar untuk meningkatkan prestasi dan mengurangkan kesesakan trafik data. Dengan menggunakan mod RAID 0, pengguna boleh mendapatkan prestasi maksima dan kapasiti yang besar. Manakala mod RAID 1 pula memastikan duplikasi data sentiasa dibuat masa nyata. Semua data pada cakera 1 akan diduplikasi terus ke dalam cakera 2 untuk memastikan data sentiasa mempunyai simpanan kedua. Jika berlaku kerosakan pada salah satu cakera, cakera yang kedua akan mempunyai simpanan data yang sama.

WD juga melengkapkan sistem perlindungan pada My Book Duo dengna menyertakan perisian WD Smartware Pro dan Acronis True Image edisi WD. WD Smartware Pro membuat salinan fail dan folder menjadi lebih mudah, dengan fungsi automatik dan berterusan yang terdapat padanya. Ia juga boleh disambungkan dengan storan awan Dropbox untuk fungsi backup tambahan.

Untuk keselamatan data terbaik, WD menggunakan enkripsi perkakas AES 256-bit dengan katakunci sebagai perlindungan muktamad dari segi perkakas dan perisian.

WD My Book Duo diedarkan oleh Amble Action Sdn Bhd di Malaysia. Ia kini boleh didapati dari pengedar dan kedai di seluruh Malaysia. Semua WD My Book Duo didatangkan dengan jaminan terhad selama 3-tahun. Harga yanbg disyorkan untk WD My Book Duo ialah RM959.00 untuk 4TB, RM1,199.00 untuk 6TB, RM1,499.00 untuk 8TB dan RM2,199 untuk 12TB.

MB_Duo-frontdown MB_Duo-back

Apa komen anda?