Uber Haram Di Malaysia? Tak Patuh Undang-undang?

Share Button

Uber mungkin syarikat rangkaian pengangkutan berasaskan aplikasi yang beroperasi di 25 negara lain tetapi agak menghairankan bagaimana syarikat tersebut memperoleh lesen mengambil orang awam serta melanggar peraturan ditetapkan kerajaan.

Dengan konsep menumpang kenderaan, pengguna boleh menempah pengangkutan untuk ke destinasi mereka pada bila-bila masa sama seperti servis `chauffeur’ di hotel mewah.

Peraturan dan undang-undang perlu diikut sepertimana tertakluk dalam Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Ditambah pula, tambang yang dikenakan berdasarkan jarak atau masa menjadi persoalan lain sama ada ia ditentukan syarikat atau kerajaan. Kadar biasa teksi di Malaysia dikawal dan ditentukan kerajaan.

Mudahnya menjadi pemandu

Mudahnya menjadi pemandu

Bolehkah sesiapa saja menjadi pemandu Uber tanpa disahkan agensi seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPAD)? Bolehkan kenderaan dijadikan kenderaan pengangkutan awam tanpa disahkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan atau LPKP?

Apa bezanya Uber dan ‘teksi sapu’ yang diharamkan kerajaan? Apakah jaminan insuran sekiranya berlaku kemalangan kepada penumpang atau pemandu itu sendiri?

Di Korea Selatan, menurut akhbar Berita Harian, Seoul mengumumkan pihak berkuasa bandar raya itu merancang untuk mengharamkan perkhidmatan sewaan kereta menggunakan telefon pintar terkemuka dunia, Uber, dengan membangkitkan isu keselamatan penumpang dan menjejaskan mata pencarian pemandu teksi berlesen di kawasan berkenaan.

Aplikasi teksi Uber yang menghubungkan pelanggannya terus kepada perkhidmatan sewaan ‘kereta hitam’ mula dilancarkan di Seoul pada Ogos tahun lalu.

Namun, majlis bandar raya itu berkata operasinya tidak mengikuti kawalan ketat yang dikenakan kepada pemandu teksi berlesen yang meliputi pemeriksaan latar belakang, insurans dan penyelenggaraan, serta keselamatan kenderaan.

“Kami sedang mengkaji undang-undang berkaitan yang boleh digunakan untuk menggantung Uberdan aplikasi serupa yang menyediakan aktiviti pengangkutan haram di bandar ini.

“Pengguna Uber seharusnya sedar mereka sukar mendapat perlindungan insurans jika berlaku kemalangan, tidak termasuk lagi risiko masalah mekanikal dan latar belakang pemandu,” kata Majlis Bandaraya Seoul dalam satu kenyataan, semalam.

Boleh membawa kenderaan sendiri? Apa kata SPAD?

Boleh membawa kenderaan sendiri? Apa kata SPAD?

Majlis bandar raya itu berkata pihaknya akan melancarkan aplikasi mudah alih sendiri untuk penyedia perkhidmatan teksi sedia ada pada Disember ini.

“Uber mengenakan bayaran kepada pelanggannya walaupun mereka mengelak daripada proses kawal selia, dan menimbulkan persaingan tidak adil dengan pemandu teksi lain serta menjejaskan perniagaan mereka,” katanya.

Uber, syarikat yang berpangkalan di California, adalah aplikasi paling popular di dunia yang mengubah lands-kap teksi tradisional di bandar utama seluruh dunia.

Ia kini berdepan tentangan di beberapa negara yang menuduhnya melaksanakan persaingan tidak sihat dan standard operasi yang rendah.

Syarikat itu juga mencetuskan bantahan dalam kalangan pemandu teksi yang berang dengan kehadiran mereka di bandar utama termasuk di Perancis, Amerika Syarikat, Jerman yang bimbang kehilangan pelanggan mereka.

Uber beroperasi di 41 negara di Benua Amerika, Eropah, Asia Barat, Afrika dan Asia Pasifik. – BH, 22 Julai 2014

Sedangkan teksi juga mempunyai had kawasan

Sedangkan teksi juga mempunyai had kawasan

Apa komen anda?