Tawaran kurier termurah dari rumah dengan EasyParcel

Share Button

Exabytes Network Sdn Bhd (Exabytes), penyedia web hosting terbesar di Malaysia telah melancarkan portal yang menyatukan penyedia kurier dan logistik yang diberi nama EasyParcel. Sistem yang seumpama ini adalah pertama kali diperkenalkan di Malaysia. Ia menyatukan servis tradisional penghantaran dengan penggunaan mudah internet.

Chan Kee Siak, Pengasas dan CEO Exabytes memberitahu, EasyParcel menggabungkan servis dari lima syarikat penghantaran dan logistik terkemuka Malaysia iaitu Poslaju, Skynet, Airpax, Nationwide and DHL ke dalam satu platform e-commerce. Penjual dan peniaga dalam talian dapat memanfaatkan penggunaan EasyParcel, kerana sistem penghantaran yang efisien menjadi kunci kejayaan kedai dalam talian. Dengan EasyParcel, pengguna boleh memilih penyedia kurier yang mampu menghantar produk mereka tepat pada masa dan tempatnya, dengan harga yang kompetitif.

Chan Kee Siak, CEO Exabytes

Chan Kee Siak, Pengasas dan CEO Exabytes

EasyParcel mula diperkenalkan kepada pekedai dalam talian yang menggunakan web hosting Exabytes sejak Jun 2014. Kini ia mempunyai 5 syarikat kurier yang bekerjasama, dan dijangka menambah lagi 2 syarikat kurier pada September akan datang. Buat masa ini ia menyediakan perkhidmatan penghantaran dosmetik, tetapi akan bergiat aktif untuk cuba memperkenalkan perkhidmatan penghantaran antarabangsa dengan syarikat kurier terkemuka seperti UPS, TnT dan FedEx.

Dengan menggunakan EasyParcel, pengguna boleh menikmati penjimatan berbanding cara tradisional. Pengguna tidak perlu membuka akaun dengan syarikat kurier atau memberi komitmen minima penggunaan setiap bulan. Malah pihak kurier akan datang mengambil barang dari tempat pengguna. Sistem prabayar yang digunakan pula, memastikan EasyParcel dapat memberi harga terbaik kerana syarikat kurier tidak perlu risau risiko kekurangan penghantaran dan mengejar bayaran dari pengguna. Dengan penjanaan bil dan cetakan borang dalam talian turut mengurangkan kos pihak kurier.

Sebagai pengenalan, EasyParcel menawarkan kredit RM25 percuma untuk pengguna baru. EasyParcel mensasarkan sebanyak 5000 pengguna aktif pada tahun ini, yang akan menggunakan perkhidmatan mereka dengan perbelanjaan minima RM100 sebulan.

Bagi yang berminat, segera ke lamanweb www.easyparcel.my untuk mula menggunakannya.

logo-easyparcel

Comments

Apa komen anda?