Saluran Filem Bollywood HD terbaru dari Astro

Share Button

Bermula dari 1 September, peminat filem Bollywood di Malaysia akan dapat menonton filem-filem Bollywood terbaru berbentuk HD (Definisi Tinggi) di saluran Astro Box Office (ABO) BollyOne HD, saluran 251. Pra-tonton percuma akan dibuka buat pelanggan Astro bermula dari 1 September 2014 sehingga 18 September 2014.

Acara pelancaran saluran baru ini yang dibuat di Hotel JW Marriott telah dihadiri oleh pelakon super-popular yang juga bergelar ‘Ratu Bollywood’, Kajol, yang merupakan tetamu kehormat bersempena pelancaran saluran ini.

Lisa Surihani menemuramah Kajol

Lisa Surihani menemuramah Kajol

Dengan adanya saluran HD ini, penonton dapat menikmati paparan HD selain kualiti bunyi sekeliling yang padat dan juga dua sarikata pilihan iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Sebanyak 7 filem baharu bakal tayangkan pada bulan pertama saluran ini beroperasi , antaranya adalah filem Youngistan, Darr@The Mall, Boothnath Returns, O Teri, Holiday, Queen dan Dedh Ishqiya. Manakala, pada bulan berikutnya bakal menyaksikan beberapa filem seperti Humshakals, Bobby Jasoos, Kick dan Singham Returns.

BollyOne HD movie listing

Terdapat beberapa filem baru Bollywood terpilih yang bakal ditayangkan di saluran ini berdasarkan filem-filem Bollywood yang tidak pernah ditayangkan sebelum ini. Oleh itu, sesetengah filem Bollywood tersebut akan dijadikan sebagai filem tayangan perdana di Saluran BollyOne HD. Untuk pelanggan HD yang sedia ada, boleh ke Saluran 200 untuk melanggan Saluran BollyOne HD dengan kadar RM 5 sebulan.

Saluran BollyOne HD akan menayangkan 4 ke 5 filem terkini dalam sebulan, serta keluaran filem -filem terbaharu setiap hari Khamis pada jam 9 malam. Saluran ini juga mempamerkan konsert, penyampaian anugerah, gosip dan apa jua cerita terkini di Bollywood, termasuklah memutarkan beberapa muzik video. Oleh itu, para pelanggan HD boleh menonton filem terkini Bollywood pada bila-bila masa dengan seberapa kerap yang anda mahu disamping keluarga dan rakan-rakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Saluran 251 BollyOne HD, sila layari laman web www.bollyonehd.com

TheSkop Bollyone HD - Artis yang hadir

TheSkop Bollyone HD - banner

Apa komen anda?