Platform MSC Malaysia InnoTech@Startups menghubungkan Angel Investor, Venture Capital dan Startup

Share Button

Multimedia Development Corporation (MDeC) telah menganjurkan MSC Malaysia InnoTech@Startups, satu platform pelaburan unggul yang diiktiraf di Malaysia, yang dipelopori dan digerakkan oleh MDeC sejak tahun 2008.

Platform pelaburan dan pitching ini menggandingkan syarikat berasaskan teknologi dengan pelabur dan pemberi dana, untuk mereka membesar dan mengembangkan lagi pasaran.

Buat pertama kali sejak penubuhannya, platform pitching ini pada tahun ini dibuka kepada peserta dari rantau ASEAN. Hasilnya, ia telah menarik penyertaan sehingga 30 startup dari Malaysia, Thailand, Singapore, Indonesia, Vietnam dan Brunei.

Acara 3-hari ini yang diadakan di Le Meridien Kuala Lumpur, dimulakan dengan program MSC Malaysia Coffee Chat, sebuah sesi suaikenal dan berkongsi pandangan sesama mentor berkenaan senario startup di negara masing-masing. Ia diikuti dengan sesi pitching, di mana peserta akan melalui beberapa pusingan pelaburan pitching dan pertemuan terus dengan pelabur.

MSC Malaysia InnoTech@Startups telah membuat pelbagai pencapaian sepanjang tempoh 6 tahun ini. Ia telah berjaya mendapatkan dana sehingga RM280 juta dan juga menaja lebih 100 syarikat startup. Usaha menghubungkan syarikat pada fasa startup ini dengan pelabur serantau adalah langkah seterusnya yang harus dilakukan untuk membantu mereka berada di posisi untuk berkembang di pasaran Asia Tenggara.

MDeC akan meneruskan usaha membantu mengembangkan ekosistem startup di Malaysia dengan menyediakan platform berkaitan dan bekerjasama dengan Accelerator serantau dan antarabangsa seperti BootstrapLabs, Founder Institute dan JFDI.Asia. MDeC juga akan membantu startup tempatan dan entrepreneur dengan mentor dan coaching yang mereka perlukan untuk berjaya bersaing dalam arena global kelak.

Encik Benny Fajarai (CEO Kreavi), En. Amin Shafie (Pengerusi Malaysia Venture Capital & Private Equity Association), Dr. Karl Ng Kah Hou (Pengarah Innovation Capital of MDeC), En. Jamaludin Bujang (CEO, Malaysia Venture Capital Management Berhad), dan Benson Chang (Pengasas bersama TabbleAPP)

Encik Benny Fajarai (CEO Kreavi), En. Amin Shafie (Pengerusi Malaysia Venture Capital & Private Equity Association), Dr. Karl Ng Kah Hou (Pengarah Innovation Capital of MDeC), En. Jamaludin Bujang (CEO, Malaysia Venture Capital Management Berhad), dan Benson Chang (Pengasas bersama TabbleAPP)

Apa komen anda?