Microsoft tolong lonjak industri kasut Christy Ng

Share Button

Christy Ng, businesswoman dan pereka kasut berusia 26 tahun yang telah digembar-gemburkan sebagai ‘Jimmy Choo Malaysia akan datang’, mereka dan menghasilkan sendiri produk keluarannya di bawah jenama “Christy Ng Shoes” di Malaysia. Ia bermula pada Julai 2010 menggunakan website www.ChristyNg.com dan kini telah berkembang pesat sehingga ke America, Australia, Singapura, Kanada dan Eropah.

ChristyNg logo

Untuk menghadapi permintaan yang semakin meningkat, Christy Ng Shoes baru-baru ini mempergunakan beberapa peranti berasaskan Windows 8 seperti desktop PC dengan Windows 8 Pro, tablet Surface serta telefon pintar Lumia 920. Ini dilakukan untuk meningkatkan produktiviti pekerja, mengurangkan masa operasi dan meningkatkan tahap keselamatan data.

Ng terpilih untuk memacu pertumbuhan perniagaannya menggunakan peranti Windows 8 selepas menyertai program bisnes kecil anjuran Bank Alliance Malaysia iaitu Biz Smart Academy. Ng telah diumumkan sebagai pemenang program itu dan membawa pulang wang tunai RM250,000 untuk membiayai perniagaan kasutnya, beserta langganan Microsoft Office 365, tablet Surface dan lawatan ke Microsoft’s Centre of Excellence di Amerika Syarikat.

Ng Mengulas, sebagai syarikat yang berkembang pesat, kami tetap fokus dalam menghasilkan kasut yang tulin dan selesa, memberi servis berkualiti yang tidak terdapat pada pasaran terbuka, dan pada masa yang sama memastikan kos di tahap yang rendah. Memenangi Cabaran Inovasi ini merupakan pengalaman berharga kerana ia membantu memperkenalkan jenama kami di luar sana. Tetapi, kami masih memerlukan penyelesaian yang lebih baik untuk menguruskan peningkatan permintaan ini. Kuasa yang terdapat pada Surface, Windows 8 serta aplikasi seperti OneNote dan OneDrive tiba tepat pada masanya ketka kami memerlukannya.

Dengan menggunakan tablet Surface dan telefon pintar Lumia 920, Ng dapat berhubung dengan pelanggan, pekerja dan pembekal, serta melakar rekaan dan berkongsi dengan perekanya yang lain, semuanya ketika bergerak. Ia juga boleh mencatat Nota mengguna OneNote pada telefon atau tablet, kemudian menyelaraskan antara keduanya agar sentiasa sama. Penggunaan OneDrive, storan dalam talian Microsoft membantu memuat naik lakaran kasut, rekaan dan dokumen berkaitan dengan mudah di internet.

Selepas berpuas hati dengan penggunaan tablet Surface Pro, Ng menaiktaraf laptop dan desktop kepunyaannya kepada Windows Pro 8 dan berhasrat untuk melanggan Microsoft Office 365, aplikasi produktiviti pejabat atas talian. Dengan ini, Ng dapat menjimatkan banyak masa sekaligus meningkatkan produktiviti pekerja di samping memastikan data kritikal dapat disimpan dengan selamat.

Azizah Ali, Pengurus Besar Small and Medium Solutions and Partners di Microsoft Malaysia

Azizah Ali, Pengurus Besar Small and Medium Solutions and Partners di Microsoft Malaysia

Mengulas tentang perkara ini, Azizah Ali, Pengurus Besar Small and Medium Solutions and Partners di Microsoft Malaysia berkata, saya sangat kagum ketika bertemu Christy Ng, dengan pencapaiannya dan cara beliau mempamerkan model bisnes dan idea sebegini pada usia yang muda. Pengalamannya di www.ChristyNg.com boleh menjadi inspirasi buat entrepreneur lain di Malaysia, di mana perniagaan kecil menguasai 99.2% keseluruhan perniagaan. Microsoft Malaysia terus komited membantu syarikat di Malaysia untuk bertukar kepada IT Moden, agar mereka boleh terus kekal kompetitif dalam membina empayar bisnes mereka.

Koleksi Kasut Christy Ng di Showroom Petaling Jaya

Koleksi Kasut Christy Ng di Showroom Petaling Jaya

Apa komen anda?