Pasang sehingga 16 cakera keras pada NAS dengan WD Red & Red Pro baru

Share Button

WD baru sahaja melancarkan produk storan dari barisan WD Red mereka, yang direka khas untuk storan NAS iaitu storan cakera keras berkapasiti 5TB dan yang pertama di pasaran, 6TB. Di samping itu, WD juga memperkenalkan barisan baru WD Red yang lebih berkuasa, iaitu WD Red Pro. WD Red Pro disasarkan untuk pasaran NAS yang lebih besar. Dengan pelancaran ini, WD Red 3.5-inci mempunyai kapasiti dari 1TB sehingga 6TB, manakala WD Red Pro 3.5-inci pula mempunyai kapasiti dari 2TB hingga 4TB.

Cakera keras WD Red kini dipertingkatkan prestasinya dengan NASware 3.0, versi terkini teknologi khas NASware ciptaan WD. Ia akan meningkatkan lagi ketahanan dan prestasi sitem, mengurangkan kerosakan dan memudahkan proses integrasi sistem. Teknologi Intellipower pula memastikan penjimatan tenaga yang optimum. Ia juga dilengkapi cache sebanyak 64MB dan SATA 3.0 6GB/s.

Dengan peningkatan kebolehan NASware 3.0, WD Red kini mampu menyokong sistem NAS sehingga 8 cakera keras sekaligus, di samping mengekalkan prestasi seperti menjalankan satu cakera keras. Semua model WD Red hadir dengan jaminan terhad selama 3-tahun.

Launching WD Red

WD Red Pro pula direka untuk persekitaran syarikat sederhana ke besar yang memerlukan storan yang lebih tahan lasak. WD Red Pro mempunyai teknologi tambahan “Hardware based vibration compensation”, bagi memastikan cakera keras yamg berputar dengan kelajuan 7200RPM tetap stabil pada tahap operasi tertingginya. Dengan teknologi ini, membolehkan ia menyokong sistem NAS yang menggunakan 8 ke 16 cakera keras sekaligus.

Cakera keras WD Red Pro mempunyai cache sebesar 64MB dan menggunakan SATA 3.0 6GB/s. Semua model WD Red Pro mempunyai jaminan terhad dari WD selama 5 tahun.

Launching WD Red Pro

Beberapa rakan penyedia sistem NAS menyatakan kesediaan produk NAS mereka menyokong cakera keras WD Red dan WD Red Pro yang baru ini. Antaranya termasuk ASUSTOR, I-O Data Device, QNAP Systems, SYnology dan Thecus. Sistem NAS dari WD sendiri seperti WD My Cloud®, WD My Cloud EX2, WD My Cloud EX4, WD My Cloud Mirror serta My Book® dan My Book Duo juga sedia menyokong model baru WD Red ini.

Produk WD Red di Malaysia diedarkan oleh syarikat Amble Action Sdn Bhd, Eternal Asia (M) Sdn Bhd dan Achieva Technology Sdn Bhd. Harga yang disyorkan bagi WD Red 5TB adalah RM819.00, dan RM989.00 untuk 6TB. Manakala harga bagi WD Red Pro 2TB adalah RM529.00, RM659.00 untuk 3TB dan RM859.00 untuk 4TB.

Bersamaan pelancaran ini, WD turut mengumumkan cakera keras 6TB bagi siri WD Green yang terkenal dengan prestasi senyap dan sejuk. Cakera keras 6TB WD Green ini dijual pada harga RM920.

NAS WD NAS Synology

NAS QNAP NAS QNAP 2

choose the right size

Apa komen anda?