Patriotik dengan Happy Packages #malaysiansunite MyTeksi

Share Button

Bersempena bulan patriotik kini, MyTeksi melancarkan kempen #malaysiansunite yang telah dilakukannya pada sebelum ini. Kali ini, sebanyak 1,000 ‘happy Package’ percuma akan dihantar kepada pelanggan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuching, bermula dari 27 Ogos dan berakhir pada 29 Ogos 2014.

MyTeksi akan menghantar pakej yang berisi rekaan khas pelekat kereta dan laptop dengan hashtag #malaysiansunite tertera di atasnya. MyTeksi berharap kempen ini dapat menyemarakkan rasa patriotik rakyat Malaysia pada bulan kemerdekaan ini. Syarikat minuman terkenal, Permanis Sdn. Bhd. telah menaja minuman isotonik Revive untuk dimuatkan ke dalam ‘happy packages’ ini.

Kempen #malaysiansunite yang pertama telah dibuat dengan jayanya pada bulan Julai yang lepas. Ianya dilancarkan untuk meningkatkan semangat rakyat dan menyatukan Malaysia untuk bersama menghadapi cabaran yang sedang melanda negara ketika itu.

MalaysiansUnite

Untuk menyertai kempen ini, pengguna MyTeksi perlu memilih ‘MalaysiansUnite’ di dalam jenis kereta, yang mana akan muncul khas ketika tiga hari kempen ini berjalan. Kemudian, penumpang perlu mengisi alamat yang sama di ruangan pick-up dan drop-off. Setelah disahkan, pemandu MyTeksi akan menghantar ‘happy packages’ ke alamat yang diberi tanpa sebarang caj. Ia akan dihantar berasaskan siapa cepat dia dapat, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Penerima ‘happy packages’ adalah digalakkan untuk berkongsi gambar atau status berkenaan pengalaman mereka di saluran media sosial dan menggunakan hashtag #malaysiansunite serta @MyTeksi.

Aplikasi MyTeksi boleh dimuat turun buat peranti mudahalih seperti dibawah:

iOS: http://bit.ly/myteksi-ios
Android: http://bit.ly/myteksi-android
Blackberry: http://bit.ly/myteksi-blackberry
Windows: http://bit.ly/myteksi-windows

MyTeksi_Merdeka_Campaign

Apa komen anda?