Microsoft turut serta perang telefon murah dengan Lumia 530

Share Button

Microsoft hari ini mengumumkan telefon pintar Lumia paling murah pernah mereka keluarkan, iaitu Lumia 530 pada harga RM355 sahaja! Walaupun berharga murah, ia dilengkapi dengan sistem operasi Windows Phone 8.1 terkini, lengkap dengan kemaskini Cyan.

Lumia 530 specNokia Lumia 530 dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 200, 4-teras berkelajuan 1.2GHz dan GPU Adreno 302. Ia mempunyai skrin 4-inci beresolusi 854×480. Ia ditambah lagi dengan 512MB RAM, 4GB memori dalaman dan slot mikro-SD untuk tambahan memori. Microsoft turut memberikan storan awan OneCloud sebanyak 15GB percuma buat pengguna Lumia 530. Baterinya sebesar 1430mAH dan boleh diubah bila diperlukan. Ia mempunyai dwi slot untuk mikro sim-kad dan menyokong rangkaian 3G HSPA+ sepantas 21MBps.

Microsoft turut menyertakan beberapa aplikasi khas buat Lumia 530. Antaranya ialah Skype, Microsoft Office, Here Maps dan banyak lagi. Windows Phone Store sehingga kini mempunyai lebih 300,000 aplikasi. Aplikasi terkenal seperti Instagram, WhatsApp, Viber, LINE, WeChat, FitBit, AirAsia dan MyTeksi serta permainan seperti Asphalt 8 sedia dimuat turun untuk digunakan pada Lumia 530.

Lumia 530 back case Lumia 530 front

Bruce Howe, Pengurus Besar, Jualan Peranti Mudah Alih Microsoft untuk Malaysia, Singapura, dan Brunei berkata, Lumia 530 direka berkuasa untuk kegunaan semua. Ia membuktikan komitmen kami untuk membawa telefon pintar mampu milik buat pengguna Malaysia. Dengan kusa CPU 4-teras dan Windows Phone 8.1, pengguna boleh menikmati pengalaman Lumia terbaik yang tidak dapat dinikmati pada harga seperti ini sebelum ini.

Bruce Howe

Walaupun penuh berkuasa, Lumia 530 tidak mempunyai kamera hadapan. Manakala kamera belakangnya yang boleh menangkap gambar 5MP, hanya mempunyai fokus tetap dan tidak mempunyai LED Flash.

Nokia Lumia 530 akan mula dijual di Malaysia bermula 16 Ogos 2014 pada harga RM355. Ia boleh didapati dalam 4 warna iaitu bright orange, bright green, white dan dark grey.

Lumia 530 color mula jual 16 Ogos

Apa komen anda?