LG memenangi anugerah terbaik dari EISA

Share Button

European Imaging and Sound Association (EISA) baru-baru ini telah mengumumkan beberapa anugerah kepada produk LG iaitu 4K OLED TV, Smart+ TV, SoundPlate dan telefon pintar LG G3 di majlis “EISA 2014-2015 Awards”. LG telah menerima anugerah ini selama tiga tahun berturut-turut untuk teknologi OLED TV keluarannya.

LG 77EC980V

OLED TV 4k 77-inci LG (model 77EG970V) ini memenangi anugerah “EISA’s European High-End TV 2014-2015”. Ia merupakan paparan OLED dengan resolusi 4K yang pertama menggunakan teknologi WRGB. Gabungan teknologi terkini di dalamnya memastikan paparan yang tajam, gambar yang jelas dan nisbah kontras infiniti. Skrin lengkung ergonomik pada OLED TV ini memberi pengalaman menonton yang luarbiasa dan sudut tontonan yang luas. Dengan teknologi LG Tru 4K Engine Pro, ia boleh menaikkan resolusi rendah pada kandungan kepada kualiti menghampiri Ultra HD.

55LB870V_Web_OS_Smart_TV_LG_55LB870V

Manakala TV Pintar LG 55-inci (model 55LB870V), memenangi anugerah “European Smart TV 2014-2015”. Dengan penggunaan platfom webOS pada TV ini, ia memberikan antaramuka mudah dan interaktif buat pengguna untuk mengakses dunia hiburan melalui sambungan internet dengan cepat dan pantas.

lg lab540
LG SoundPlate (model LAB540) pula menerima anugerah “EISA’s European HT Soundbase 2014-2015” tahun ini. Direka untuk muat dengan mudah tanpa memberi halangan di bawah TV, bentuknya yang nipis melengkapkan set hiburan dalam rumah. Ia dilengkapi pembesar suara bersaluran 4.1 dengan kuasa 320 Watt, subwoofer aktif tanpa wayar, pemain blu-ray 3D dan dan fungsi Smart TV. Ia juga menyokong sambungan bluetooth untuk penstriman audio mudah dari peranti lain.

Tidak dilupakan juga buat LG G3, yang menerima anugerah “European Advanced Smartphone 2014-2015” kali ini. LG G3 menampilkan konsep ‘Simple is the New Smart’ hasil dari maklumbalas pengguna. Dengan paparan Quad HD dan kamera 13MP dilengkapi OIS dan fokus lazer auto menjadikannya peranti terbaik dalam kelasnya.

Presiden & CEO LG Home Entertainment, Hyun-hwoi menjelaskan, LG sangat teruja dan berbangga apabila produk kami diiktiraf oleh organisasi yang sangat diyakini ramai seperti EISA. LG akan terus menjadi peneraju dalam rekaan dan teknologi untuk memnuhi kehendak pengguna di seluruh dunia yang sentiasa percaya dengan LG.

EISA adalah gabungan lebih dari 50 ahli penerbitan dari 20 negara Eropah, yang sentiasa peka dan membawakan berita terkini berkaitan teknologi suara dan pengimejan. Anugerah EISA diumumkan setiap tahun bagi mengiktiraf produk audio dan video pengguna yang terbaik.

Apa komen anda?