Exabytes mengambilalih USONYX dan memperkenalkan EasySpace & EasyOffice

Share Button

Pada majlis yang sama dengan pelancaran EasyParcel, Exabytes turut mengumumkan pengambilalihan 100% syarikat USONYX Pte. Ltd (USONYX) dalam usaha mengembangkan lagi penguasaan pasaran web hosting mereka selaku peneraju di Asia Tenggara. USONYX sebelum ini dimiliki oleh sebuah syarikat dari Jepun, Clara Online dan memiliki lebih 3000 pelanggan dari sektor korporat dan individu.

Pengasas dan CEO Exabytes, Chan Kee Siak menjelaskan, pembelian pegangan 100% USONYX meletakkan Exabytes sebagai peneraju di rantau ini, dalam bentuk penguasaan pasaran dan penjanaan keuntungan. Pasaran web hosting di Asia Tenggara dijangka berkembang sebanyak 37.6% untuk mencapai RM113.85 bilion pada tahun 2018. Singapura merupakan pasaran e-commerce terbesar di Asia Tenggara.

Pada penghujung Mac 2014, Exabytes melaporkan jumlah keuntungan sebanyak RM21 juta. Ia mensasarkan peningkatan keuntungan sebanyak 50% menjelang tahun 2015. Sebagai langkah seterusnya, Exabytes mensasarkan Indonesia sebagai pasaran seterusnya untuk ditembusi dan akan melaburkan sehingga USD1 juta untuk tujuan itu.

Exabytes EasySpace

Di samping itu, Chan turut memperkenalkan Exabytes EasySpace, ruang untuk Start-ups atau syarikat untuk mengadakan acara, perjumpaan atau seminar pada kos yang rendah. Ia terletak di atas pejabat Exabytes di Setiawalk, Puchong. Dengan ruang seluas 2500 kaki persegi, ia dijangka dapat memuatkan sehingga 120 orang pada satu masa. Exabytes EasySpace cuba memperkenalkan konsep santai seperti di rumah, dengan penyediaan snek dan minuman tanpa had.

Exabytes EasyOffice

Selain EasySpace, Exabytes turut memperkenalkan Exabytes EasyOffice. Ia merupakan sebuah pejabat maya dan menyasarkannya buat tech startup yang mencari pejabat yang murah. Terletak juga di atas pejabat Exabytes di Setiawalk, Puchong dengan ruang seluas 2500 kaki persegi, ia berkonsepkan ruang pejabat terbuka dengan 40 kerusi, dengan 4 bilik perbincangan, bilik santai, dapur pantri, meja resepsi dan peralatan pejabat yang biasa.

Apa komen anda?