Tonton aksi akhir Piala Dunia 2014, Jerman vs Argentina di platform TV dan digital Astro

Share Button

Seluruh rakyat Malaysia berpeluang untuk merasai kepuasan tontonan perlawanan akhir PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL™ menerusi platform TV dan digital Astro. Acara sukan terbesar dunia yang mula membuka tirai pada bulan lepas kini telah pun tiba ke kemuncaknya apabila dua pasukan gergasi iaitu Jerman bakal menentang Argentina dalam perlawanan akhir pada 14 Julai 2014, jam 3.00 pagi waktu Malaysia.

Pelanggan Astro yang mempunyai ‘Football Pass’ akan dapat menonton perlawanan tersebut di Astro saluran 821 dalam definisi standard (SD) dan Astro saluran 841 dalam definisi tinggi (HD) serta menerusi tablet, telefon pintar dan komputer melalui Astro Go 2014 FIFA World Cup™ App dan Web Player ataupun Astro on the Go.

Bagi pelanggan Astro yang tidak memilik ‘Football Pass’ dan pelanggan NJOI boleh menyaksikan perlawanan ini menerusi Astro Arena saluran 801 dengan ulasan perlawanan dalam Bahasa Malaysia.

Bagi mereka yang bukan pelanggan Astro juga boleh menonton perlawanan akhir ini SECARA PERCUMA menerusi platform Astro on the Go di onthego.astro.com.my atau aplikasi Astro on the Go untuk peranti tablet dan telefon pintar dengan sistem operasi iOS dan Android.

Untuk maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.stadiumastro.com atau hubungi
1 300 82 3838.

(Dari kiri) Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro, Emile Heskey, Bekas Pemain Bola Sepak Pasukan England dan Jason Dasey, Pengacara dan Penerbit Eksekutif Astro SuperSport

(Dari kiri) Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro, Emile Heskey, Bekas Pemain Bola Sepak Pasukan England dan Jason Dasey, Pengacara dan Penerbit Eksekutif Astro SuperSport

(Dari kiri) Hazama AF, Michelle Lee, Reuben Kang dan Aril AF bersama pelbagai platform digital komprehensif oleh Astro

(Dari kiri) Hazama AF, Michelle Lee, Reuben Kang dan Aril AF bersama pelbagai platform digital komprehensif oleh Astro

Apa komen anda?