MyTeksi memberi 200 pakej istimewa untuk #malaysiansunite

Share Button

Bagi memperlihatkan perpaduan negara dengan menyebarkan kegembiraan, MyTeksi akan menawarkan secara percuma, 200 ‘Happy Packages’ kepada penumpang mereka bermula esok, Khamis 24 Julai sebagai sebahagian dari kempen #malaysiansunite.

MyTeksi akan menghantar pakej khas ini yang mengandungi butang lencana yang tertera dengan hashtag #malaysiansunite di atasnya. MyTeksi berharap lencana ini akan meningkatkan moral masyarakat dan menyatukan negara untuk mengatasi masa yang sukar bersama. Syarikat minuman Permanis Sdn Bhd juga bermurah hati untuk menyumbangkan 1500 minuman Isotonik Revive untuk dimasukkan ke dalam ‘Happy Packages’.

Kempen 2 hari ini yang akan berjalan pada 24 & 25 Julai di Lembah Klang, bertujuan menaikkan semangat dan menyatukan rakyat Malaysia pada masa musibah seperti kini.

Cheryl Goh, Ketua Serantau MyTeksi Sdn Bhd menjelaskan, Tahun ini merupakan tahun tragik buat Malaysia. Insiden berturut yang berlaku ini mengejutkan seluruh negara dan mungkin lebih teruk, memecahbelahkan. Kami mahu menggerakkan rakyat Malaysia untuk bersama mengatasinya dan memacu negara bersatu. Kempen ini membantu menyebarkan sedikit kegembiraan kepada penumpang kami yang boleh dikongsi bersama rakan. Kita hanya kuat apabila bersatu.

Untuk menyertai kempen ini, pengguna MyTeksi perlu memilih #malaysiansunite pada pilihan kenderaan, yang akan tertera pada 2 hari kempen sahaja. Kemudian pengguna perlu memasukkan alamat untuk tujuan penghantaran.

Selepas disahkan, pemadnu MyTeksi akan menghantar ‘Happy Packages’ ke alamat yang dimasukkan, tanpa sebarang caj. ‘Happy Packages ini akan dihantar mengikut siapa cepat dia dapat. Ia akan tertera di antara jam 10 pagi hingga 5 petang.

Penerima ‘Happy Packages’ digalakkan untuk berkongsi gambar berkenaan pengalaman ini di media sosial dengan menggunakan hashtag #malaysiansunite dan tag @MyTeksi. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari http://bit.ly/malaysiansunite

MalaysiansUnite_CampaignLandingPage

Apa komen anda?