Mainkan semua video dan lagu di TV HD anda dengan WD TV

Share Button

Western Digital (WD) hari ini melancarkan WD TV – Personal Edition, sebuah pemain media dilengkapi Wi-Fi, yang boleh memainkan hampir semua fail media di dalam storan USB atau network atau dari komputer di dalam rangkaian yang sama.

image003

Jim Welsh, Naib Presiden Eksekutif, Solusi Perniagaan Jualan Sedunia WD menjelaskan, pengguna kini mempunyai simpanan pelbagai kandungan peribadi yang besar, yang disimpan di dalam pelbagai storan dari storan USB ke storan network dan juga komputer peribadi. Ekosistem WD yang menggabungkan aplikasi dan pemain media ini memastikan kandungan media dapat dipaparkan tanpa masalah di semua skrin, tidak kira peranti mudahalih atau HDTV.

WD TV – Personal Edition membenarkan pengguna menikmati pelbagai kandungan media peribadi seperti gambar, video dan muzik pada sistem hiburan rumah mereka. Ia menyokong pelbagai format fail seperti MKV, MP4, AVI, WMV, MOV dan lebih lagi. Fail ini boleh distrim terus dari storan USB seperti My Passport® Ultra™ dan siri produk My Book®, storan awan dan storan network seperti siri produk WD’s My Cloud, kamkorder digital atau kamera, dan juga PC atau Mac yang terdapat di dalam rangkaian.

WD TV – Personal Edition ini menampilkan antaramuka intuitif yang boleh diubahsuai mengikut kegemaran pengguna. Muka utamanya boleh diletak aplikasi kegemaran, shortcut ke folder kegemaran dan menetapkan auto-run untuk aplikasi semasa peranti dihidupkan. WD TV juga menyokong Miracast™, yang membolehkan pengguna memaparkan paparan pada peranti mudahalih ke TV. Antara aplikasi yang terdapat di dalam WD TV ialah YouTube®, Hulu Plus™, VUDU®, SlingPlayer®, Spotify®, Pandora® dan Facebook, serta banyak lagi yang lain.

Aplikasi WD® TV Remote™ pula membantu meningkatkan pengalaman pengguna menggunakan WD TV, dengan menjadikan telefon pintar mereka seperti iPhone®, iPod touch®, iPad®, atau Android™ kepada alat kawalan jauh canggih untuk mengawal WD TV. Ia membantu pengguna mencapai fail media yang banyak di dalam WD TV mereka dengan mudah.

WD TV diedarkan oleh Amble Action Sdn Bhd dan Eternal Asia (M) Sdn Bhd di Malaysia, dan boleh didapati dari pengedar sah mereka pada harga RM359. Manakala aplikasi WD® TV Remote™ boleh dimuat turun secara percuma dari Apple App Store™ and Google Play™ Store.

WD TV front image WD TV back image

Apa komen anda?