Celcom umum 10 pemenang pertama kempen 100 Tag Heuer 100 hari

Share Button

Celcom Axiata Berhad, peneraju telekomunikasi mudahalih di Malaysia telah memberi ganjaran kepada 10 orang pelanggannya berupa jam tangan Tag Heuer bernilai RM10,000 melalui kempen Celcom First, 100 Tag Heuer 100 hari.

Seorang pemenang yang datang jauh dari Senai, Johor, En. Sharil Safuan Bin Zahari sangat teruja apabila diumumkan sebagai pemenang hari pertama. Beliau seperti tidak percaya apabila dihubungi Celcom berkenaan kemenangannya. Beliau mempercayainya selepas melihat iklan berkenaan kempen ini dan bersyukur terpilih sebagai pemenang dan berasa tidak sabar untuk melaram dengan Tag Heuer pada perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Picture 2

Picture 3

Picture 4

Selain Sharil Safuan, sembilan lagi pemenang yang lain turut sama terkejut apabila dihubungi untuk menerima jam tangan Tag Heuer di Menara Celcom. Vincent Puah berumur 22 tahun, merupakan pemenang termuda yang menerima jam tangan Tag Heuer ini.

Kempen selama 100 hari ini menawarkan 10 model jam tangan Tag Heuer setiap hari, bermula dari 22 Jun dan berakhir pada 29 September 2014. Pelanggan baru Celcom yang ingin menyertai kempen ini hanya perlu melanggan mana-mana pelan internet Celcom First. Manakala buat pelanggan Celcom First yang telah melanggan pelan internet, boleh membeli pelan tambahan Max Up 5GB untuk menyertai. Terdapat 90 lagi jam Tag Heuer untuk dimenangi.

one of these tag heuer can be yours

Upacara pemberian hadiah ini disempurnakan oleh En. Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad. Turut serta dalam acara ini ialah keluarga mara dan sahabat handai pemenang, serta pihak pengurusan dan pekerja Celcom.

Maklumat lanjut berkenaan Celcom First dan kempen ini boleh didapati di lamanweb www.celcomfirst.com.my

Celcom Logo

Apa komen anda?