Cabar rakan anda di Facebook dengan Wechat Dash!

Share Button

Wechat hadir lagi dengan aplikasi permainan peranti mudahalih. Wechat Dash adalah permainan penuh adrenalin dan memberi keriangan tanpa had buat pemain. Dengan animasi yang menakjubkan dan karakter baru yang menarik, pembaharuan ini menjanjikan keseronokan muktamad sementara bersaing dengan rakan dan musuh yang berkuasa tinggi.

IMG_1152

Wechat Dash yang baru ini membawakan fungsi baru, Turbo Mode. Ia membawa tempo permainan lebih laju buat mereka yang gemarkan lebih cabaran dan berbangga dengan pencapaian mereka. Di samping cabaran yang baru, permainan ini juga membawakan karakter baru penuh warna-warni  dan sangat comel seperti Pontianak Maggie, Aisha yang menggoda, Leo-G yang cool dan ramai lagi.

Pemain akan meneroka tahap baru, bertemu musuh serta perangkap baru di sepanjang permainan. Tetapi pemain tidak akan bersendirian, kerana barisan haiwan peliharaan dan kenderaan baru akan sedia membantu untuk meningkatkan kuasa karakter pemain di samping mengumpul lebih banyak bonus. Di samping itu, fungsi seperti cabutan bertuah, penebusan kredit dan login Facebook memudahkan pemain mengharungi cabaran.

IMG_1149

Wechat Dash menampilkan integrasi berbilang platform antara Wechat dan Facebook. Pengguna boleh melihat markah rakan mereka di dalam Facebook dan Wehcat, serta berkongsi juga markah mereka sendiri.

Muat turun Wechat dash sekarang dan mulakan pengembaraan mengharungi cabaran bersama rakan. Dapatkann di Google Play Store:  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.tencent.gunzdash&hl=en

IMG_1158

Apa komen anda?