SATA Express; gabungan PCI Express dan SATA yang lebih laju & murah

Share Button

Western Digital (WD), pakar storan sedunia akan mempamerkan cakera keras yang menggunakan antaramuka PCI Express pertama di dunia. Ia bertempat di Computex 2014 di Taipei, bermula dari 3 Jun hingga 7 Jun 2014. Prototaip ini memperkenalkan antaramuka baru SATA Express, yang menggunakan teknologi PCI Express yang baru diperkenalkan pada platform cipset papanutama Intel® series-9. SATA Express bakal membuka ruangan baru untuk kelajuan lebih tinggi pada penggunaan tenaga yang rendah, memberi ruang tambahan untuk rekaan produk baru akan datang.

SATA Express telah dibangunkan oleh SATA-IO, satu pasukan yang bertanggungjawab membentuk penggunaan SATA. Ia mengambil masa 3 tahun dari pengumuman pertama pada 2011 kepada spesifikasi lengkap pada 2013, dan kemudian direalisasikan setahun kemudian oleh WD bersama rakan pasukan.

Dengan penggunaan PCI Express, ia membolehkan penggunaan jalur lebar PCI di samping mengekalkan pemalam SATA untuk digunakan bersama apa jua produk SATA yang lama. Ini menjadikan kos penggunaan SATA Express lebih rendah.

Antaramuka SATA Express akan dipamerkan bersama sistem dari rakan utama WD di Computex 2014. Ia membolehkan penggunaan HDD, SSD dan SSHD pada satu jalur sahaja.

Timbalan Presiden Kanan, Teknologi Storan WD, Matt Rutledge memberitahu, WD sentiasa menjadi peneraju teknologi SATA, dan kami dapat melihat masa depannya yang lebih jauh. SATA akan kekal sebagai standard penggunaan untuk bertahun lamanya dan WD sedia bekerjasama untuk memajukannya lagi dalam apa jua bentuk.

Manakala menurut Joe Hsieh, Timbalan Presiden Korporat dan Pengurus Unit Bisnes PapanUtama dan Unit Bisnes Desktop ASUS, SATA Express meruapakan satu pencapaian penting utuk storan dalaman. ASUS sangat gembira melihat produk ayng didemonstrasikan bersama papanutama ASUS 9-series. Pengunjung boleh melihat demo kedua-dua produk ini di booth ASUS bernombor M0410.

Kevin Peterson, Pengurus Kanan Platform Kejuruteraan WD, memperlihatkan cakera keras PCI Express yang pertama, dilengkapi antaramuka SATA Express

Kevin Peterson, Pengurus Kanan Platform Kejuruteraan WD, memperlihatkan cakera keras PCI Express yang pertama, dilengkapi antaramuka SATA Express

Cakera keras WD PCI Express sedang diuji pada sistem untuk prestasi dan keserasian

Cakera keras WD PCI Express sedang diuji pada sistem untuk prestasi dan keserasian

WD menunjukkan demonstrasi menggunakan cakera keras PCI Express pada taklimat media Computex 2014

WD menunjukkan demonstrasi menggunakan cakera keras PCI Express pada taklimat media Computex 2014

Apa komen anda?