REVIU : Astro Go 2014 FIFA World Cup™

Share Button

Tahun 2014, Piala Dunia dihoskan oleh Brazil yang terletak di benua Amerika Selatan. Zon waktu di ibu negara Brazil iaitu Rio De Janeiro ialah GMT-3. Ini bermakna, beza waktu Kuala Lumpur dan Rio De Janeiro ialah 11 jam, kerana zon waktu Kuala Lumpur iala GMT+8. Kerana itu, kebanyakan masa perlawanan berlangsung ialah tengah malam di Malaysia, iaitu dari jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi.

Bagi mereka yang sering bergerak dan tidak dapat berada di rumah pada waktu begini untuk menonton siaran langsung perlawanan Piala Dunia, ia bukan lagi satu masalah. Astro selaku penyiar rasmi seluruh 64 perlawanan langsung Piala Dunia di Malaysia telah menyediakan aplikasi khas untuk mereka yang sering bergerak. Aplikasi yang dinamakan Astro Go 2014 FIFA World Cup™ membolehkan pemegang ‘Football Pass’ atau pelanggan Astro Sports Pack menontonnya pada peranti Android dan iOS mereka serta pada lamanweb Stadium Astro.

Dengan menggunakan aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup™, penonton boleh menonton perlawanan Piala Dunia secara langsung pada kualiti HD, bergantung pada kualiti rangkaian yang digunakan. Pelbagai info dipaparkan sebelum, semasa dan selepas perlawanan. Biodata pemain dan negara yang diwakili, statistik pertemuan sebelum ini dan sejarah bolasepak negara, semuanya terdapat buat rujukan sebelum perlawanan.

 

Semasa perlawanan pula, penonton boleh memilih beberapa sudut kamera. Terdapat 6 kamera untuk dipilih iaitu kamera utama (TV1), kamera atas padang (tactical), kamera pemain (Player A & B) dan kamera bangku simpanan (Team A & B). Statistik permainan seperti jumlah pass, cubaan jaringan tepat dan tersasar, kad kuning dan merah, kesemua maklumat ini terapapr pada masa nyata ketika tontonan. Lebih menarik lagi, semasa perlawanan berjalan, penonton boleh memilih untuk melompat ke minit sebelum ini untuk menonton ulangtayang sendiri.

Selepas perlawanan tamat, pengguna masih mempunyai kawalan penuh untuk tayangan sebelum ini. Pilih sahaja perlawanan yang ingin ditonton dan lompat terus ke minit berapa untuk melihat permainan ketika itu.

Jika pengguna memilih untuk menonton menerusi pelayar, lawati lamanweb www.stadiumastro.com dan pergi ke FIFA™ Web Player. Di situ, pengguna akan melihat antaramuka yang hampir serupa dengan peranti Android. Lebih mudah lagi, pengguna boleh menayangkan sehingga 3 kamera pada skrin sekaligus. Di samping itu, terdapat garismasa di bawah skrin yang mempunyai penanda seperti kadkuning, penalti, gol dan lain-lain yang memudahkan penonton untuk mengetahui minit keberapa berlakunya kejadian.

 

Untuk menambah keseronokan menonton secara langsung, jangan lupa mmendapatkan juga aplikasi Football Predictor dan meneka adakah gol, sepakan percuma, penalti, kad kuning dan semuanya berlaku seperti jangkaan anda. Markah akan diberikan untuk jangkaan yang betul dan hadiah menanti pengumpul markah tertinggi bila berakhirnya Piala Dunia 2014 ini.

Sekarang anda sangat berminat untuk menonton Piala Dunia melalui Astro Go ini. Tetapi bagaimana caranya?

  • Pertama, Ianya percuma untuk pelanggan Astro yang melanggan pakej Astro Sports Pack.
  • Kedua, beli ‘Football Pass’ yang berharga RM100 untuk menonton kesemua 64 perlawanan SECARA LANGSUNG melalui tablet, telefon pintar dan komputer.
  • Ketiga, jika tidak mahu membeli ‘Football Pass’, Anda masih boleh menonton 30 perlawanan siaran langsung terpilih secara percuma di Astro on the Go dan Astro Arena.
  • Atau cara keempat, anda boleh menonton perlawanan terpilih dengan kaedah ‘pay per view’ (bayaran untuk setiap tontonan) dengan harga RM6 untuk setiap perlawanan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Astro on the Go, sila layari www.astroonthego.com. Jika anda ingin melanggan Astro, sila layari www.stadiumastro.com atau hubungi 1300823838.

Muat Turun Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup™  di:
Apple AppStore: https://itunes.apple.com/my/app/astro-go-2014-fifa-world-cup/id872809767?mt=8
Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.fwc2014.astro.and

Apa komen anda?