Nokia membawa MWC ke Kuala Lumpur

Share Button

Nokia pada 25 April yang lepas, telah selesai menjual bahagian Peranti & Servisnya kepada Microsoft. Kini, Nokia memfokuskan bisnesnya kepada bahagian pembangunan rangkaian, yang telah sekian lama dijalankan seiring dengan bahagian perantinya. Kepakaran Nokia di dalam teknologi jalur lebar mudah alih memang tidak dapat disangkal lagi, apabila ia telah menjana Euro 2.7 bilion seperti yang dilihat dalam laporan interimnya bagi suku pertama 2014. Kini Nokia menyusun semula syarikatnya untuk menjadi kuasa besar syarikat perisian, di samping mengekalkan identiti syarikat selaku peneraju di dalam dunia teknologi.

Nokia Networks (dahulunya dikenali dengan Nokia Solutions and Networks) masih menguruskan lebih dari 90 dari 100 operator mudahalih terbesar di dunia. Ia juga disenaraikan di tempat kedua dalam bidang servis telekomunikasi dan tempat ketiga dalam radio mudahalih. Nokia Networks terus kekal mencatat keuntungan apabila dalam 10 suku tahunan berturut-turut mengekalkan aliran tunai yang positif, dan dinobatkan oleh Gartner sebagai peneraju dalam infrastruktur rangkaian LTE pada tahun 2014.

10 keys

Nokia terus menjadi peneraju dalam bidang telekomunikasi dengan pengenalan teknologi virtualiasi dan teknologi atas awan. Dengan itu, Nokia telah menyenaraikan 10 kunci trend global yang dijangka akan membentuk masa depan industri telekomunikasi. Antara trend di Malaysia ialah: spektrum baru dan perkembangan data mudahalih, teknologi radio campuran, perkongsian dan penyatuan rangkaian, virtualisasi dan teknologi awan telko, serta analisis data dengan rangkaian kognitif.

Menurut Ravi Kailat, Ketua Pembangunan Jualan Nokia di Asia Selatan, Malaysia adalah sebuah negara dengan persekitaran radio bercampur. Pengendali mudahalih menjalankan rangkaian 2G, 3G & LTE di Malaysia. Solusi fleksibel Nokia membolehkan syarikat telekomunikasi untuk mempergunakan seluruh spektrum. Ia juga adalah perkara biasa bagi pengendali mudahalih di Malaysia untuk berkongsi dan rangkaian dan menatukan operasi mereka, samada melaui kerjasama atau pengambilalihan. Sebagai contoh, pembelian P1 oleh TM menyatukan beberapa teknologi dalam pengambilalihan ini. Ia membolehkan operator mudahalih menggunakan spektrum sepenuhnya dalam persekitaran radio yang berbeza.

Ravi Kailat

Ravi Kailat

Baru-baru ini Nokia telah membawa teknologi yang diperkenalkan di Mobile World Congress (MWC) di Barcelona, Sepanyol ke Kuala Lumpur. Nokia mempamerkan beberapa inovasi mereka yang dapat membantu pengendali mudahalih sentiasa menjadi yang terbaik. Berikut adalah inovasiyang dikongsi Nokia bersama operator di Malaysia:

1. Telcos Cloud (Telko di Awan)

Trafik yang meningkat dan penggunaan turun naik yang tidak menentu merupakan satu cabaran untuk menjaga kualiti rangkaian. Pada masa yang sama, kapasiti untuk memastikan rangkaian sentiasa baik dan pengaktifan servis baru sangat penting untuk menjanan keuntungan.

Nokia Telco Cloud adalah solusi yang menggabungkan Fungsi Virtualisasi Rangkaian dan Sistem Sokongan Operasi yang membantu operator mudahalih menyediakan, melaksana dan menjalankan sendiri servis telko di awan dan juga memindahkan servis sedia ada kepada rangkaian berasaskana awan.

Operator mudahalih kini boleh menguruskan perkembangan data yang tak dijangkan dan berkembang secara elastik mengikut keperluan. Inovasi ini membantu mengurangkan kos pemilikan dengan platform standard dan tahap automasi yang sangat tinggi.

Nokia Telco Cloud

2. Liquid Applications (servis lebih pantas pada masa nyata)

Mengekalkan keuntungan di samping memberi kualiti terbaik sentiasa menjadi 2 perkara utama bagi telko. Liquid Applications dari Nokia merupakan satu bantuan terbaik untuk telko. Ia berfungsi dengan memasang Nokia’s Radio Appliations Cloud Server (RACS) ke dalam base station. Pelayan ini akan menggunakan kebolehan sedia ada base station dan mendapatkan data rangkaian pada masa nyata, membolehkan operator beralih dari mencari punca masalah kepada mengesan punca kejatuhan kualiti servis dengan tepat.

Liquid Appplications meningkatkan pengalaman pengguna dengan pecutan kandungan persekitaran agar boleh dihantar dengan lebih pantas. Ia juga meningkatkan masa mendapatkan kandungan dan memendekkan masa memuat turun sehingga 80%. Liquid Application ini mengumpul data masa nyata dan membolehkan telko memanfaatkan data yang sedia terkumpul di dalam rangkaian mereka sendiri.

Liquid Applications

3. Customer Experience Management (Pengurusan Pengalaman Pelanggan)

Nokia CEM disasarkan untuk membantu operator menguruskan pengalaman pengguna menerusi portal dalam talian yang mesra pengguna. Solusi CEM ini membolehkan operator memasuk dan berkongsi maklumat rangkaian di seluruh organisasi, membolehkan jurutera mendapatkan masalah pelanggan dari laporan pengguna dan dashboard portal. Apabila masalah rangkaian berlaku, jurutera boleh terus pergi ke akaun individu pengguna yang bermasalah dan membaikinya.

4. Voice over LTE (VoLTE)

Telco di Malaysia berlumaba-lumba memperkenalkan LTE dalam rangkaian mereka. peranti yang dilengkapi LTE juga semakinn murah dan banyak di pasaran. Meskipun pengguna semakin beralih ke penggunaan berasaskan data, tetapi 70% keuntungan telco masih bergantung kepada servis panggilan dan SMS.

Nokia VoLTE dengan ‘Single Radio Voice Call Continuity’ (SRVCC) memberi pengguna fleksibiliti untuk berubah antara 3G & LTE tanpa mengalami panggilan terputus. Integrasi penuh antara rangkaian sedia ada dengan solusi Nokia VoLTE tidak memerlukan perubahan drastik. Ia boleh dinaik taraf dengan Nokia VoLTE tanpa perlu menghentikan servis sedia ada.

infog_managed-services_v2_040214

Apa komen anda?