Lebih pilihan berkuasa dengan Laptop Inspiron siri 3000 & 5000 baru dari Dell

Share Button

Direka untuk kuasa dan keselesaan, Dell membawakan model baru bagi Laptop Inspironnya siri 3000 dan 5000. CPU berkuasa tinggi, cakera keras berkapasiti tinggi dan skrin sentuh 10-jari sehingga resolusi HD Penuh adalah antara pilihan yang ditawarkan untuk bakal pembeli.

Pengurus Bisnes Komersial & Pengguna Dell Malaysia, KT Ong menjelaskan, pelajar dan ibubapa mahukan teknologi yang membantu mereka berjaya dalam pendidikan. Laptop Inspiron baru kami adalah pelaburan bijak untuk keluarga, yang memberi teknologi terkini untuk produktiviti dan hiburan dalam rekaan yang nipis dan jimat ruang.

KT Ong, Pengurus Bisnes Komersial & Pengguna Dell Malaysia

KT Ong, Pengurus Bisnes Komersial & Pengguna Dell Malaysia

Dell terkenal dengan servis selepas jualannya yang menawarkan pembaikan dibuat di premis atau pejabat di mana jua pilihan anda dan sedia hadir pada hari bekerja esoknya selepas menerima laporan kerosakan.

 

Dell Inspiron siri 3000

Inspiron 14 3000 Series Touch Notebook Inspiron 15 3000 Series Touch Notebooks

Laptop Inspiron 14 & 15 siri 3000 yang baru memberikan fungsi lengkap sebuah laptop pada nilai harga yang tiada tandingan. Dengan pemacu DVD terbina, dan storan sehingga 1TB serta pilihan skrin sentuh, Inspiron siri 3000 ini dilengkapi juga dengan bateri yang tahan lama. Seperti produk Dell yang lain, Laptop Inspiron 14 & 15 siri 3000 telah menjalani ujian yang ketat seperti kepanasan sehingga 65°C, engsel yang dibuka tutup sebanyak 20,000 kali, menaip papan kekunci 10 juta kali dan penggunaan pad sentuh 1 juta kali, serta menekan butang kuasa dan multimedia sehingga 40,000 kali. Papan kekuncinya juga kalis percikan air. Ini boleh mengurangkan kerisauan ketika bekerja sepenuh masa di hadapan laptop sambil menghirup secawan kopi.

TheSkop-Dell-Inspiron-3000 TheSkop-Dell-Inspiron-3000-kiri TheSkop-Dell-Inspiron-3000-depan TheSkop-Dell-Inspiron-3000-kanan

 

Dell Inspiron siri 5000

Inspiron 14 5000 Series Touch Notebook Inspiron 15 5000 Series Touch Notebook

Laptop Inspiron 14 & 15 siri 5000 yagn baru dilengkapi fungsi yang memudahkan mereka yang bergerak seharian di kampus atau berkongsi masa bersama keluarga. Pilihan premium seperti papan kekunci berlampu dan skrin sentuh HD penuh (Inspiron 15 sahaja) pasti digemari ramai. Badannya yang diperbuat dari aluminum yang diberus menambahkan daya tarikan. Papan kekuncinya juga kalis percikan air. Ia dikuasakan oleh CPU  Generasi ke-4 Intel Core-i yang menambahkan jangka hayat bateri sehingga 8 jam untuk Inspiron 14 5000 dan 7 jam pada Inspiron 15 5000.

TheSkop-Dell-Inspiron-5000 TheSkop-Dell-Inspiron-5000-kiri TheSkop-Dell-Inspiron-5000-depan TheSkop-Dell-Inspiron-5000-kanan

 

Dell Inspiron 20 & 23 : Desktop semua dalam satu

Inspiron 20 Non-Touch AIO Desktop with Peripherals Inspiron 23 Touch AIO Desktop with Peripherals

Menampilkan rekaan yang lebih nipis dan teknologi CPU terkini, Inspiron 20 siri 3000 dan Inspiron 23 siri 5000 AIO memberikan lebih ciri-ciri pada harga yang berbaloi. Inspiron 23 siri 5000 dikuasakan oleh CPU Generasi ke-4 Intel Core-i dan paparan HD Penuh dengan kaca dari hujung ke hujung serta pilihan skrin sentuh kapasitif 10-jari. Manakala Inspiron 20 siri 3000 memberikan lebih nilai dengan CPU Intel dan paparan HD+ untuk pengalaman hiburan menyeronokkan. Rekaan yang menjimatkan ruang dan penggunaan satu kabel sahaja pasti mudah diletakkan di mana jua sudut rumah.

 

Kesemua Dell Inspiron ini telah sedia dijual dan boleh didapati dari laman www.dell.com.my pada harga seperti di bawah

Inspiron 14 Siri 3000:    Bermula dari RM 1,299
Inspiron 15 Siri 3000:    Bermula dari RM 1,499

Inspiron 14 Siri 5000:    Bermula dari RM 2,099
Inspiron 15 Siri 5000:    Bermula dari RM 2,349

Inspiron 20 Siri 3000:    Bermula dari RM 1,799
Inspiron 23 Siri 5000:    Bermula dari RM 3,799

 

Pelancaran Dell Inspiron baru

Apa komen anda?