Lagi jualan Xiaomi pada 3 Julai

Share Button

Dalam satu langkah luar biasa, Xiaomi mengumumkan akan membuat jualan atas taliannya pada hari Khamis akan datang. Mengikut kebiasaan, Xiaomi membuat jualan atas talian setiap hari selasa di www.mi.com/my.

Pada 3 Julai akan datang, Xiaomi menawarkan hanya 2 produk untuk dijual iaitu 7000 unit Mi3 dan 10,000 unit Mi PowerBank 5200mAh. Seperti biasa, jualan akan bermula tepat pada jam 12 tengahari.

Xiaomi 24 Jun soldout

Dalam jualan sebelum ini pada 24 Jun, Xiaomi telah berjaya menjual habis 8,000 unit Mi 3, 5,000 unit Mi PowerBank 10400mAh dan 5,000 unit Mi PowerBank 5200mAh dalam masa 1 minit dan 55 saat sahaja. Dikatakan Mi PowerBank 10400mAH paling menjadi rebutan kerana habis dalam masa kurang 1 minit.

Di samping itu, Xiaomi sedang bersiap sedia untuk melancarkan 2 lagi produk baru pada bulan Julai akan datang, iaitu Redmi Note dan Redmi 1S, telefon pintar yang berkuasa lebih rendah dari Mi3 tapi lebih murah, yang akan dijual pada harga RM509 dan RM419 sahaja.

harga Redmi1S RedmiNote

Apa komen anda?