Intel buat Jualan Berapi untuk kempen PC Refresh 2014

Share Button

Intel Malaysia hari ini mengumumkan firesale untuk kempen ‘PC Refresh 2014’ selama 3 hari bermula dari hari Khamis 26 Jun sehingga Sabtu 28 Jun, bertempat di Plaza Lowyat, Kuala Lumpur. Sepanjang promosi 3 hari ini, pembeli boleh menukarkan laptop lama mereka dan membeli laptop baru dengan diskaun. Diskaun dari RM100 hingga RM500 akan diberikan untuk penukaran komputer lama tersebut, bergantung kepada terma & syarat. Laptop yang sudah tidak berfungsi juga akan diberikan diskaun RM100.

Selain dari diskaun menukar laptop lama kepada yang baru, beberapa acara lain akan turut diadakan semasa kempen ini. Antaranya ialah pemberian Jongkong Emas. Pembeli pada kempen 3 hari ini akan menerima borang untuk diisi dengan butir diri dan bukti pembelian. Kemudian mereka harus menulis slogan. Slogan paling kreatif akan membawa pulang Jonkong Emas yang bernilai RM3000 ini.

Terdapat juga jualan khas RM1 yang akan diadakan 5 kali setiap hari. Barangan seperti tetikus, papankekunci, fon telinga dan pelbagai aksesori dari pelbagai jenama akan boleh dibeli pada harga RM1 sahaja. Di samping itu, 3 pelanggan yang dapat menjawab soalan dengan tepat akan menerima baucer bernilai RM500 yang boleh digunakan untuk membeli laptop berharga lebih RM1200 dari jenama yang turut serta dalam kempen ini.

Firesale ini adalah sebahagian dari kempen ‘PC Refresh 2014’ oleh Intel Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia menukar komputer lama mereka kepada yang baru. Ianya disokong dengan kerjasama dari Acer, Asus, Dell, HP, Lenovo dan Microsoft.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kedai yang turut serta, jenama dan jadual kempen jelajah, lawati lamanweb http://pcrefresh.intel.my/

Manakala lebih info berkaitan firesale boleh didapati di lamanweb http://pcrefresh.intel.my/firesale/

firesale

grand prize

Apa komen anda?