Guna Amazon untuk pasang aplikasi Android dengan mudah di Blackberry 10

Share Button

Blackberry baru-baru ini mengumumkan Amazon Appstore akan muncul bersama pelancaran sistem operasi Blackberry 10.3 yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini. Dengan adanya Amazon Appstore, ia akan memudahkan pencarian dan pemasangan aplikasi Android ke dalam sistem operasi Blackberry 10. Sejak versi 10.2.1, Blackberry 10 telah menyokong pemasangan terus aplikasi Android menggunakan format APK.

Amazon Appstore mempunyai lebih dari 240,000 aplikasi Android. Dengan ini, pengguna Blackberry 10 akan boleh memasang aplikasi Android yang popular seperti Groupon, Netflix, Pinterest, Candy Crush Saga dan Minecraft.

download amazon appstore

Pengerusi dan CEO Blackberry, John Chen memberitahu, dengan menjadikan Amazon Appstore sebahagian dari Blackberry 10, ia membantu Blackberry untuk mencapai 2 keperluan asas, lebih banyak aplikasi yang boleh digunakan pada peranti Blackberry serta penyelesaian produktiviti lebih menyeluruh untuk sektor perusahaan. Kami mendengar permintaan dari pengguna dan mengambil langkah utama untuk memastikan ianya dilaksanakan.

Blackberry dan Amazon akan bekerjasama dengan komuniti pembina aplikasi untuk membantu mereka memindahkan aplikasi mereka ke Amazon Appstore, sebagai persediaan untuk Blackberry 10.3 dilancarkan. Ini termasuk insentif ‘Amazon Coins’, Promosi Developer untuk tawaran jualan istimewa dan perubahan harga masa-nyata serta Aplikasi Harian Percuma yang sangat popular di Amazon Appstore.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Blackberry 10, layari www.blackberry.com/blackberry10OS

BlackBerry 10 Comparison

Apa komen anda?