Dell Inspiron 11 lebih fleksibel dengan mod tablet dan khemah

Share Button

Di samping model laptop 14 inci dan 15-inci, Dell juga akan melancarkan siri baru Inspiron 11. Inspiron 11 yang baru ini lebih fleksibel dan mudah alih.

Fungsinya yang paling unik ialah kebolehan memutarkan skrin 360° yang mengubahnya kepada mod tablet. Butang kuasa dan suara terletak di tepi agar memudahkan capaian ketika melayari browser atau membuat kerja di dalam mod tablet.

Jika ingin berkongsi tontonan video bersama rakan, mod khemah membuat ia berdiri pada sudut yang sesuai diletak atas meja dan ditonton ramai.

Inspiron 11 siri 3000 ini dijangka mula berada di pasaran Malaysia pada pertengahan Julai 2014. Harganya dianggarkan bermula dari RM1499.

Jika anda lebih berminat dengan sesuatu yang lebih berkuasa dan tahan lasak, siri XPS 11 pasti memuaskan keinginan anda. Badannya yang dibuat dari karbon fiber sedia menerima sebarang hentakan walaupun jatuhan dari meja. Malah ia lebih nipis dari Inspiron 11 dan datang dengan papan kekunci berlampu. XPS 11 telah sedia ada dijual di Malaysia dan boleh dibeli dari laman www.dell.com.my pada harga bermula RM3899.

Apa komen anda?