Ambank lancar saluran Youtube – Raya Bergaya

Share Button

Ambank menjadi institusi kewangan pertama di Malaysia melancarkan saluran Youtube bertemakan Hari Raya, yang dikenali dengan Youtube Ambank Raya Bergaya. Ia merupakan saluran yang akan menayangkan lebih 400 kandungan berkaitan Ramadhan & Raya berkaitan makanan, resipi, fesyen, tips kecantikan, muzik & bermacam lagi.

Saluran ini akan bersiaran bermula hari ini sehingga 29 Ogos 2014. Ia direka untuk penonton & pelanggan yang mencari kandungan berkaitan Raya di dalam Youtube dengan mudah. Kerjasama antara Ambank & Google Malaysia yang merupakan pemilik Youtube ini juga merupakan satu kerjasama unik yang pertama kali dalam skala besar sebegini.

Paul Lewis dan Sajith Sivanandan melancarkan Youtube Ambank Raya Bergaya

Paul Lewis dan Sajith Sivanandan melancarkan Youtube Ambank Raya Bergaya

Pengarah Urusan, Retail Banking Ambank, Paul Lewis menjelaskan, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Youtube yang akan membawakan lebih 400 video buat tontonan rakyat Malaysia. Youtube adalah enjin pencari kedua terbesar, selepas Google dan ia telah menarik lebih jutaan rakyat Malaysia. Kami telah melihat perkembangan jelas dalam trend ini dan ia menjadi lebih banyak ketika Ramadhan & Raya ini.

Paul Lewis bersama Sajith Sivanandan, Pengarah Urusan Google Malaysia bersama-sama melancarkan saluran Youtube Ambank Raya Bergaya ini di pejabat Google Malaysia di KL Sentral.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sajith menambah, kami juga teruja dengan pengumuman Ambank ini, dan ia memang tepat memandangkan sambutan Puasa & Hari Raya yang disambut ramai di Malaysia ini. Memang menjadi keinginan Youtube untuk memudahkan akses kepada semua kandungan bermusim seperti Raya ini agar semua dapat berkongsi bersama keluarga dan rakan. Berkongsi kandungan berkualiti yang dihasilkan sendiri rakyat Malaysia menjadikannya lebih istimewa.

Lawati saluran Youtube Ambank Raya Bergaya di: http://www.youtube.com/user/AmBankTV/RayaBergaya

Apa komen anda?