5 peranti baru Lenovo – 2 tablet, 2 laptop dan 1 hybrid

Share Button

Lenovo minggu ini mengumumkan peranti baru untuk pengguna yang menjadi ‘trendsetter’ masakini. Peranti baru ini terdiri dari Tablet Android, Tablet Windows 8 dan juga laptop Lenovo G-series.

Menurut Khoo Hung Chuan, Pengurus Besar Lenovo Malaysia, Inovasi terbaru kami di dalam Lenovo Miix 2 memberikan pengguna pengalaman terbaik yang boleh didapati di dalam kedua-dua dunia laptop dan tablet. Ia juga menjadikan hiburan digital sangat mudah ditonton. Peranti generasi baru 2-dalam-1 ini membuka lebih banyak cara untuk pengguna berhubung, berkongsi, bekerja serta berhibur.

Lenovo Consumer First Looks – 2

Peranti 2-dalam-1 Lenovo Miix 2 11″

Apabila mendapati satu rekaan tidak boleh memuatkan semua, Lenovo Miix 2 11″ ini pasti memberi gambaran berlainan kepada pengguna dengan rekaan uniknya yang boleh dicabut dari papan kekunci. Miix 2 11″ memberi kebebasan kepada pengguna samada menggunakan tablet sahaja yang ringan dibawa atau menjadikannya berfungsi penuh sebagai laptop. Didatangkan dengan sistem operasi Windows 8.1 memberikannya kuasa penuh seakan komputer peribadi biasa. Apabila tabletnya dipusing 180° dan diletakkan di atas dock papan kekunci, menjadikannya kepada fungsi ketiga ‘Stand Mode’, untuk mudah menonton gambar dan video bersama rakan dan keluarga. Lebih menarik lagi, beberapa arahan boleh dilakukan dengan hanya lambaian tangan melalui ‘Lenovo Motion Control’, serperti kawalan suara dan zoom gambar. Lenovo Miix 2 11″ telah berada di pasaran dan dijual pada harga RM2999.

Lenovo Miix 2 - depan Lenovo Miix 2 - tepi Lenovo Miix 2 - Motion Control Spesifikasi Lenovo Miix 2

Tablet Lenovo A7-30

Tablet Lenovo A7-30 direka bagi memenuhi permintaan golongan muda yang aktif dan sering bergerak. Ia memiliki dua speaker stereo di hadapan yang dipertingkatkan dengan Dolby® audio. Skrin 7-incinya sangat jelas dan terang untuk memudahkan pembacaan semasa bergerak serta sebagai medium hiburan mudahalih. Tablet Lenovo A7-30 ini boleh didapati sekarang dan dijual pada harga RM399. Ia juga ditawarkan untuk dibeli bersama folio case dan pelindung skrin dengan harga tawaran RM29.90 sahaja.

Lenovo Tablet A7-30 Spesifikasi Lenovo Tablet A7-30

Tablet Lenovo A8-50

Tablet Lenovo A8-50 pula datang di dalam warna yang pasti menarik perhatian ramai dari jauh. Ia memiliki segala fungsi hiburan yang diperlukan. Skrin 8-inci dapat memaparkan resolusi HD yang tajam dan jelas. Kuasa CPU 4-teras dan speaker Dolby® audio menjadikanya pilihan tepa untuk bermain games, menonton video, mendengar muzik dan bersosial bersama rakan. Tablet Lenovo A8-50 didatangkan dalam 4 warna dan boleh mula didapati mulai pertengahan Jun ini pada harga rm699.

 Lenovo Tablet A8-50Spesifikasi Lenovo Tablet A8-50

Laptop Lenovo G40-70 & G50-70

Lenovo meneruskan tradisi laptop G-series yang berkuasa, ringan dan mampu milik di dalam G40 dan G5 0yang baru ini. Ia didatangkan dengan pemacu dvd, satu peralatan yang sudah hampir tiada pada kebanyakan laptop baru. CPU Intel generasi baru pula memastikan ia mampu menjalankan aplikasi dengan pantas di samping menggunakan tenaga pada tahap rendah. Laptop Lenovo G40-70 dijual pad aharga bermula RM1699 manakala Laptop Lenovo G50-70 dijual pada harga bermula RM1499. Kedua-duanya sudah boleh didapati di pasaran.

Lenovo G40 G50Spesifikasi Lenovo Laptop G40-70Spesifikasi Lenovo Laptop G50-70

 

 

 

Apa komen anda?