Tukar PC baru dalam kempen Intel #PCRefresh

Share Button

Sebagai kesinambungan kempen ‘Generation Today’ pada tahun lepas, Intel Malaysia hari ini melancarkan kempen terbaru ‘PC Refresh’ untuk menggalakkan pengguna menukar komputer peribadi & peranti lama mereka kepada yang baru.

Pada tahun ini dijangka terdapat 2.7 juta komputer peribadi yang berusia melebihi 4 tahun. Secara purata, kitaran hayat sesebuah PC biasanya sekitar 3 tahun. Jadi PC yang berusia 4 tahun adalah lebih baik ditukar agar prestasi kerja lebih lancar. Berbanding 4 tahun lepas, pasaran PC kini banyak berubah terutama sekali dengan kemunculan ultrabook, telefon pintar & tablet. Jadi untuk komputer lama, kini adalah masa yang sesuai apatah lagi pasaran telefon pintar & tablet yang telah mencapai tahap matang.

TheSkop-Intel-PCRefresh-010 TheSkop-Intel-PCRefresh-009

Intel akan bekerjasama dengan rakan teknologi seperti Acer, Asus, Dell, HP, Lenovo & Microsoft dalam kempen PC Refresh ini. Terdapat 640 kedai yang akan terlibat sama menjayakannya. Intel juga akan membuat pameran bergerak yang meliputi pusat membeli-belah & kolej seperti Giant, Tesco, Jaya One, Viva Mall, Wangsa Walk Mall, Kolej Taylor, KBU, KDU, UCSI, Segi dan beberapa tempat yang lain.

Di samping itu, Intel akan membuat ‘Fire Sales’ pada pertengahan bulan Jun nanti di Plaza Lowyat. Pelbagai promosi akan dijalankan seperti jualan RM1, rebat sehingga RM1000 untuk pembelian tertentu, belian atas belian, dan hadiah-hadiah percuma yang menarik.

TheSkop-Intel-PCRefresh-PrakashSameer
Menurut Pengurus Pemasaran Intel malaysia, Sameer Tupaki, untuk memberi ketenangan minda kepada pengguna apabila membeli komputer baru ketika kempen ini, rakan utama Intel iaitu SNS Network Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan pemindahan & penyimpanan data dari komputer lama ke komputer yang baru. Jadi pengguna hanya membawa komputer lama ke kedai yang dipilih SNS Network, beli komputer yang baru dan mereka akan membantu memindahkan data.

Kempen ini bermula dari 21 Mei sehingga 31 Jun 2014.

TheSkop-Intel-PCRefresh-011 TheSkop-Intel-PCRefresh-008 TheSkop-Intel-PCRefresh-007 TheSkop-Intel-PCRefresh-006 TheSkop-Intel-PCRefresh-005 TheSkop-Intel-PCRefresh-004 TheSkop-Intel-PCRefresh-003 TheSkop-Intel-PCRefresh-002 TheSkop-Intel-PCRefresh-001

Comments

    • TheSkop

      setakat ni, belum ada pengumuman dari Intel Malaysia lagi.. tapi ada khabar mengatakan, Intel akan bekerjasama dengan Microsoft, untuk promosi bersama Windows 10 hujung tahun ni..

Apa komen anda?