USD15 juta dana tambahan buat MyTeksi

Share Button

MyTeksi atau dikenali juga sebagai Grabtaxi, merupakan aplikasi di telefon pintar bagi menempah teksi, yang terbesar di Asia Tenggara. Baru-baru ini ia telah mengumumkan berjaya meraih dana berjumlah USD 15 juta di dalam pembiayaan dana Series B. Pembiayaan dana ini diketuai oleh GGV Capital, sebuah syarikat yang berpengkalan di Lembah Silikon, Amerika Syarikat. Ia disertai pelabur baru iaitu syarikat Qunar (NASDAQ: QUNR) dan Vertex Venture Holdings yang telah menyertai pada Series A yang lepas. Bersama itu, Pengurus Bersama GGV Capital, Jixun Foo akan menyertai lembaga pengarah MyTeksi.

Pembiayaan dana baru ini akan menyokong perkembangan pesat MyTeksi di bandar-bandar utama Asia Tenggara dan meluaskan lagi pengaruhnya dengan program kesetiaan dan pengekalan pemandu. MyTeksi beroperasi di Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Singapura. Ia membantu pemandu teksi menggunakan teknologi telefon pintar untuk menjadikan teksi kenderaan yang lebih selamat dinaiki dan lebih efisyen. Lebih 20,000 pemandu teksi telah berdaftar dengan MyTeksi dan menganggarkan 50% pemandu teksi aktif akan menyertai sistem MyTeksi menjelang akhir 2015.

taxi driver

MyTeksi juga baru sahaja melancarkan servis premium limosin yang dikenali sebagai GrabCar di Malaysia. Ia memberi lebih pilihan kepada pengguna dan kemudahan menempah melalui aplikasi MyTeksi yang sama.

Pengasas dan CEO MyTeksi, Anthony Tan menjelaskan, kami berbangga apabila berada di dalam portfolio GGV Capital bersama beberapa syarikat ternama lain seperti Alibaba, Square dan Flipboard. Kami juga berterima kasih kepada Vertex Venture yang terus menyokong dan yakin untuk melabur lagi di dalam MyTeksi. pelaburan ini akan mendekatkan lagi kami untuk mencapai matlamat mengubah cara 600 juta penduduk bergerak di Asia Tenggara.

Aplikasi MyTeksi telah dimuat turun kepada lebih 1.2 juta peranti di lebih 15 bandar dan pada bulan lepas sahaja, peningkatan sebanyak 38% penggunaan teksi menggunakan MyTeksi telah dicatatkan. Pengguna boleh memuat turun aplikasi MyTeksi ke dalam telefon pintar dan juga Tablet. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.myteksi.com

logo myteksi

Muat turun aplikasi MyTeksi menggunakan link dibawah ini:
iOS: http://bit.ly/myteksi-ios
Android: http://bit.ly/myteksi-android
Windows: http://bit.ly/myteksi-windows
Blackberry: http://bit.ly/myteksi-blackberry

Apa komen anda?