Moto X, Beli Sebelum Terlambat

Share Button

Walaupun terlambat 7 bulan selepas pelancaran pertamanya di Amerika Syarikat, Motorola dengan bangganya memperkenalkan telefon pintar Moto X mereka di Malaysia. Dikhabarkan ianya adalah produk terbaik gabungan OS dari Google dan hardware dari Motorola, kerana ketika ia dilancarkan Motorola adalah milik Google dan sebelum dijual kepada Lenovo.

Selepas kejayaan peranti mampu milik mereka di Malaysia iaitu Moto G yang dijual pada harga yang sangat mengagumkan, iaitu rm698 untuk memori 8gb dan rm798 bagi memori 16gb, Motorola mengukuhkan keyakinan dan memperkenalkan peranti mereka yang sedia popular di seluruh dunia ini, iaitu Moto X.

Moto X

Moto X mempunyai skrin Super AMOLED sebesar 4.7 inci dengan kaca diperbuat dari Corning Gorilla Glass 3 pada resolusi 1280×720 piksel. Ia dikuasakan oleh cip pemproses dua teras Qualcomm Snapdragon S4 Pro pada kelajuan 1.7GHz dan dipadankan dengan cip grafik Adreno 320. Selain itu, Moto X dibekalkan dengan RAM sebanyak 2GB dan bateri sebesar 2200mAH. Bagaimanapun, peranti ini tidak mempunyai slot memori luaran. Dari semua spesifikasi ini, Moto X dikelaskan sebagai peranti peringkat pertengahan.

Keunikan Moto X terletak pada fungsi yang tidak perlukan sentuhan fizikal. Untuk memulakan apa jua aplikasi, pengguna hanya perlu menyebut ‘OK Google Now’ dan menyebut arahan seterusnya. Moto X akan melancarkan Google Now dan seterusya menjalankan arahan yang disebut. Begitu juga dengan teknologi Active Display pada Moto X. Notifikasi akan sedia ada sepanjang masa di atas skrin tanpa pengguna perlu menekan butang untuk menghidupkan peranti. Dengn penggunaan Active Display ini, ia sangat menjimatkan bateri peranti.

Moto X kini boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM1499 dengan memori dalaman 16gb. Ia akan datang dengan pilihan warna hitam atau putih.

Apa komen anda?