Kamera Wifi Paling Ringan Di Dunia Hanya Dengan Samsung

Share Button

Lifestyle_image 3s

Samsung Malaysia telah melancarkan kamera mini dengan lensa boleh ubah ternipis dan teringan pada masa kini, dikenali dengan nama NX Mini. NX Mini ialah sebuah kamera mudahalih bergaya yang sedia digunakan untuk menangkap detik istimewa dengan pantas pada kualiti yang mengagumkan.

NX Mini memiliki skrin sentuh 3-inci yang boleh dilipat ke atas untuk mengambil gambar sendiri ataupun lebih dikenali dengan selfie. Lensa lebar membolehkan gambar diambil lebih luas pada jarak dekat. Rekabentuk yang nipis dan ringan pula memudahkan untuk jurugambar menyimpannya di dalam poket sekaligus digunakan pada bila-bila masa yang tak terduga.

 Lifestyle_image 6

Berat badan kamera NX Mini ini hanyalah 158gram dengan ketebalan 22.5mm sahaja. Badan kamera ini dibuat dari besi dengan kemasan kulit untuk memberikan rasa lebih premium. Ia hadir dalam 5 warna yang sangat menawan iaitu putih, merah jambu, hijau, coklat dan hitam.

NX Mini mampu menamgkap gambar pada kualiti 20.5 megapiksel. Ia juga mmapu merakam video pada kualiti HD 1080p. Selain itu, mod ‘Continuous Shot’ mampu menangkap 6 gambar sesaat. Gambar yang dirakam NX Mini pula disimpan di dalam kad luaran mikrosd. Dengan sambungan WiFi, gambar dari NX Mini boleh dimuat naik terus kepada Dropbox atau Flickr. Penggunaan NFC pula memudahkan gambar dikongsi dengan telefon pintar atau tablet.

 NX mini_flip-up

Dengan kebolehan lensa bolehubah, Samsung memperkenalkan beberapa lensa khas untuk NX Mini dikenali dengan nama lensa NX-M. Lensa NX-M 9mm F3.5 ED sesuai untuk mengambil gambar lanskap atau potrait. Manakala NX-M 9-27mm F3.5-5.6 ED OIS pula ialah lensa boleh zoom dengan pengawal kestabilan supaya gambar tidak kabur. Lensa NX yang lain juga boleh digunakan dengan menggunakan NX-M Mount Adapter (ED-MA4NXM). Kesemua lensa ini dijual secara berasingan.

Kamera NX Mini dijual di Malaysia bermula 18 April 2014 pada harga RM1399.

Apa komen anda?