TM Peroleh Hak Tayangan Piala Dunia 2014?

Share Button

HyppTV World Cup

TM Net Sdn Bhd (TMNET) bakal menyediakan perlawanan Piala Dunia 2014 secara langsung melalui HyppTV yang dijangka memperoleh hak penyiaran daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd, Measat Broadcast Network Systems Bhd (MBNS).

HyppTV bakal menyiarkan perlawanan secara langsung tersebut dalam dua saluran Astro SuperSport yang ditawarkannya.

Perjanjian menang-menang itu menyaksikan pengguna mempunyai pilihan selain Astro untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia dan ia akan diumumkan tidak lama lagi.

Sebelum ini, TMNET juga memperoleh hak menayangkan perlawanan Liga Perdana Inggeris melalui kerjasama dengan Astro.

Pemegang hak siaran eksklusif Piala Dunia 2014 kini diuruskan syarikat Espirit Media Sdn Bhd (EMSB). HyppTV dijangka menyediakan kesemua 64 perlawanan Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Brazil, Jun ini.

EMSB sebelum ini menafikan hanya Astro saja akan diberi hak menyiarkan perlawanan berprestij dunia tersebut.

Namun format penyiaran masih belum diputuskan dengan kemungkinan besar RTM akan menyiarkan 35 perlawanan manakala selebihnya akan ditayangkan di HyppTV.

Dua saluran HyppTV termasuk Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD Channels mula disiarkan pada 1 Ogos 2013 hingga 31 Julai 2016. Sehingga kini, HyppTV mempunyai 110 saluran manakala Astro menawarkan lebih 170 saluran secara keseluruhan.

 

Apa komen anda?