Intel, Google Perkenal 3 Chromebook & 1 Chromebox

Share Button

chromebooks

Google dan Intel akan memperkenalkan 3 Chromebook baru yang menggunakan pemproses Intel berasaskan mikroarkitektur Haswell iaitu model daripada HP, Acer dan Toshiba termasuklah satu Chromebox baru dari ASUS yang kurang menggunakan tenaga tapi mempunyai prestasi mengagumkan.

Ia mempunyai jangka hayat bateri lebih lama dan bakal dipasarkan pada Oktober ini dengan sasaran menjadikan perkomputeran lebih pantas, mudah dan harga murah untuk semua pengguna.

Sebelum ini, Chromebook ditawarkan pada harga serendah $199 dan kajian di Amerika Syarikat menunjukkan Chromebook mewakili 20 hingga 25% segmen komputer yang berharga kurang $300. Manakala di sektor pendidikan pula, ia digunakan di lebih 5,000 sekolah atau 20% lokasi sekolah di Amerika Syarikat.

Sementara itu, Chromebox yang juga CPU kompak dari ASUS turut akan dipasarkan pada tarikh sama.

Apa komen anda?