HP Dengan PC AIO & Laptop Android

Share Button

HP PC SLATE 21

HP cuba cara berlainan menawarkan PC yang beroperasi menggunakan Android 4.2 Jelly Bean berbanding Windows dalam model PC Slate 21 AIO dan laptop Slatebook 10 x2.

Ia juga menawarkan perisian pejabat Kingsoft yang menyamai fungsi Office supaya tahap produktiviti kerja biasa masih mampu dilakukan seperti biasa.

Melalui model PC Slate 21 AIO dan laptop Slatebook 10 x2, HP menawarkan tahap produktiviti yang sama seperti penggunaan Windows dengan menyediakan perisian pejabat Kingsoft menyamai fungsi Office.

PC Slate 21 AIO beroperasi menggunakan pemprosesan NVIDIA Tegra Quad Core T40s dibantu set cip ARM Cortex A15 Mpcore bersama teknologi Neon yang mempunyai memori standard 1GB DDR3 800MHz SDRAM.

Bersama memori flash 8GB, model sama dilengkapkan dengan tiga port USB yang mana dua di bahagian belakang serta satu di kiri laptop manakala skrin sesentuh 21.5 incinya dilengkapkan bersama format IPS HD penuh.

Berdasarkan teknologi dwi jalur, Slate 21 AIO mampu menawarkan ‘stream’ muzik atau filem dan melayari Internet serentak yang menyaksikan HP menetapkan PC pada teknologi audio DTS Sound.

Harga: RM1,099

OS: Android 4.2 Jelly Bean

Pemprosesan: NVIDIA Tegra Quad Core T40S

Set Cip: ARM Cortex A15 Mpcore

Paparan: 21.5 inci

Grafik: droid

Memori: 1GB DDR3 800MHz SDRAM

Cakera Keras: 8GB

Dimensi: 53.09 x 6.7 x 35.38sm

Berat: 5.3kg

HP PC SLATE 21 e

Manakala Slatebook x2 menawarkan sistem operasi Android Jelly Bean 4.2.2 bersama pengalaman penuh Android seperti Google Now, Search, Gmail, YouTube, Drive dan Google+ Hangout.

Laptop yang menawan ini menggunakan pemprosesan NVIDIA Tegra 4 sementara saiznya pula ditetapkan pada 10.1 inci. Meskipun ia sebuah laptop, monitornya masih boleh ditanggalkan menjadikannya tablet penuh jika anda tidak memerlukan papan kekuncinya.

Slatebook 10 x2 memiliki memori 2GB 1600MHz DDR3L SDRAM lengkap perisian Box, Splashtop, Evernote, Evernote Skitch, HP File Manager dan HP Printer Control.

Harga: RM1,499

OS: Android 4.2

Pemprosesan: NVIDIA T40S (1.8GHz)

Paparan: 10.1 inci

Memori: 2GB 1600MHz DDR3L SDRAM

Port: USB2.0, HDMI, jek mikrofon, fon telinga

Dimensi: 2.05 x 25.8 x 19.38sm

Berat: 1.25kg

Apa komen anda?