Alcatel Kenang Semula Telefon Comel

Share Button

Alcatel OneTouch idolX bersama model-model hangat

Alcatel kini kembali selepas lama menyepi dengan produk yang lebih hebat berbanding ketika ia mula-mula muncul kira-kira 13 tahun yang lepas.

Model terbaru Alcatel OneTouch idolX antara jawapan kepada telefon menarik yang sarat dengan ciri-ciri berkuasa. Inilah telefon pintar bagi pengguna yang mengutamakan citarasa, rekabentuk menarik dan prestasi terbaik. Daripada paparan 5-inci Full HD IPS hingga kepada badannya yang pipih serta pemproses quad-core 1.5 GHz, telefon ini merupakan pakej lengkap yang anggun dan baik dari segi dalamannya mahupun dari segi luarannya.

Telefon Alcatel OneTouch idolX benar-benar menarik perhatian. Dari jauh kelihatan anggun dan dari dekat ia tidak kurang rupawan. Hasil seni pembuatan halus ini menguji batasan-batasan struktur. Paparan 5-inci Full HD hujung-ke-hujung dipasang rapi dalam ruang yang teramat padat senipis 6.9mm. Bentuknya yang anggun bergaris arus serta kejituan pembuatannya boleh dirasai di dalam genggaman tangan anda.

Telefon Alcatel OneTouch idolX mengasyikkan. Bezel “0” menghidupkan telefon dengan memenuhinya dengan kandungan yang anda kehendaki, ditunjukkan dengan begitu menarik pada paparannya. Teknologi pelaminaan penuh memastikan tiada jurang di antara paparan hablur cecair (LCD) dan panel sesentuh. Penghantaran cahaya yang lebih tinggi memudahkan paparan telefon dibaca baik di bawah sinaran matahari terang mahupun di dalam gelap, manakala In-plane Switching Technology (IPS) menawarkan sudut penglihatan  yang terbaik di pasaran pada 170 darjah. Nikmati imej berkualiti tinggi yang diambil menggunakan kamera 13.1 Megapixel di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Cara penggunaan peranti ini yang tersusun memberikan pengalaman penggunaan Android yang terbaik. Bagi memudahkan penggunaan, OneTouch Live menawarkan pelbagai aplikasi yang menarik untuk dimuat turun, jadi anda boleh  menjadikan telefon anda mengikut citarasa anda yang tersendiri dengan mudah.

Harga runcit disyorkan bagi Alcatel OneTouch idolX ialah RM1,099, dan didatangkan dalam warna-warna menarik merah dan ‘Slate’.

Pada masa sama, Alcatel OneTouch idolX dijual secara eksklusif di Lazada.com.my untuk tempoh yang terhad pada harga istimewa RM999. Lazada, gedung membeli-belah online yang paling pesat berkembang di Malaysia, menawarkan perkhidmatan yang pertama seumpamanya di Malaysia seperti penghantaran percuma di seluruh negara, polisi pemulangan 14 hari dan pilihan pembayaran yang selamat seperti bayar waktu terima.

Alcatel OneTouch idolX

Apa komen anda?