TV 4K Sony 4x Lebih Baik Dari HD Penuh

Share Button

Sony 4K (2)

Sony sedang berusaha keras memperkenalkan TV LED dengan kemampuan warna jenis 4K yang empat kali ganda lebih baik berbanding TV HD penuh sekarang apabila menawarkan lapan juta piksel dalam satu skrin.

Meskipun kandungan 4K masih terhad, Sony menggunakan enjin pemprosesan X-Reality Pro yang menukar kandungan 2K (biasa didapati dalam HD penuh) kepada format 4K menawarkan paparan pada skrin Triluminos.

TV LED 4K terbabit juga tidak memerlukan aksesori audio tambahan apabila sistem audionya diperkuatkan pembesar suara dan ‘tweeter’ di bahagian kiri serta kanan yang menyediakan bunyi lebih jelas.

Siri baru TV itu mempunyai kelajuan pemprosesan XR 800Hz yang bermakna tontonan imej laju seperti perlawanan bola sepak dan filem langsung tidak mendatangkan masalah serta masih menawarkan perincian imej pada skrin.

Model 4K ditawarkan pada dua saiz iaitu 65 dan 55 inci bersama nisbah kontras dinamik melebihi satu juta. Ia akan dijual pada harga RM23,999 (65 inci) dan RM16,999 (55 inci)

4x lebih baik dari HD penuh

4x lebih baik dari HD penuh

Sony 4K

Dua pembesar suara, satu tweeter

Apa komen anda?