PDRM Sahkan Kes Budak Comel Yang Hilang Di Jusco

Share Button

 

Foto kanak-kanak hilang yang berlegar dan dikongsi di Facebook

Foto kanak-kanak hilang yang berlegar dan dikongsi di Facebook

Polis Diraja Malaysia atau PDRM dalam laman Facebook rasminya mengesahkan mesej dan foto penculikan kanak-kanak, Wan Aisyah bt Wan Exzan, 3 tahun, yang dilaporkan diculik di Jusco Rawang, Selangor pada 03/08/2013 adalah benar.

Seperti mana perkongsian foto yang mendapat liputan meluas di Facebook, PDRM mengatakan mereka telah mengesahkan menerima aduan daripada ibu kanak-kanak terbabit.

PDRM memaklumkan, setakat ini siasatan masih dijalankan untuk mengesan kanak-kanak berkenaan.

Semalam, foto kanak-kanak dengan rakaman CCTV menunjukkan adik kecil tersebut dibawa keluar dari Jusco oleh seorang lelaki yang turut dipaparkan imejnya dalam Facebook. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi segera pihak berkuasa berdekatan.

Mohon juga anda berkongsi foto terutama menjelang hari raya yang pastinya merisaukan ibu kanak-kanak tersebut.

Apa komen anda?