Jualan iPad, Samsung Menurun

Share Button

Penghantaran tablet pada suku kedua tahun ini dikatakan perlahan berbanding tiga bulan sebelumnya apabila pengguna dikatakan menunggu pengumuman model iPad baru hanya dijangka dikeluarkan hujung tahun ini menurut agensi penyelidikan IDC.

Jualan menurun 9.7 peratus kepada 45.1 juta unit pada suku terbabit dengan penghantaran iPad menurun kepada 14.6 juta unit berbanding 19.5 juta unit pada suku pertama.

Selain daripada pengenalan MacBook Air, Apple tidak mempunyai mana-mana produk yang dijual sejak hujung tahun lalu.

Namun, Apple masih menguasai pasaran tablet dengan 32.4 peratus pada suku kedua diikuti Samsung dengan 18 peratus. Samsung juga mencatatkan penurunan daripada jualan sebanyak 8.1 juta unit berbanding suku sebelumnya iaitu 8.6 juta unit.

Apa komen anda?