TV Puasa, Raya YouTube

Share Button

YouTube Ramadhan launch

Satu bilion orang melayari YouTube setiap bulan untuk mendapatkan berita, maklumat dan hiburan. Untuk memudahkan lagi rakyat Malaysia melayari saluran kegemaran mereka dan menerokai kandungan baru dalam salah satu tempoh yang paling bermakna dalam setahun, YouTube untuk pertama kalinya bekerjasama dengan pencipta-pencipta kandungan di Malaysia untuk melancarkan Saluran Ramadhan tahun ini.

Dipersembahkan dan dikelolakan oleh Nestle, saluran tersebut adalah satu destinasi untuk rakyat Malaysia menikmati kandungan bermusim kegemaran mereka dan menerokai video-video baru. Pencipta-pencipta kandungan tempatan dan pembekal seperti Animonsta Studios, Astro, Homegrown Productions, Trymasak dan Suria Records telah menyediakan pelbagai kandungan tempatan mereka yang pastinya bermanfaat dan menghiburkan untuk seluruh rakyat Malaysia di musim Ramadhan dan AidilFitri ini.

Pelbagai video kini boleh didapati di youtube.com.my/ramadanraya.

Lima rakan kongsi menyumbangkan kandungan melalui lapan saluran YouTube yang terdiri daripada hiburan, masakan, animasi, muzik dan drama dengan 280 buah video unik yang secara keseluruhannya menampilkan lebih 130 jam kandungan untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Berjuta-juta rakyat Malaysia melayari YouTube melalui pelbagai paparan setiap bulan untuk mendapatkan berita, informasi dan hiburan. Apa yang hebat adalah tahun ini untuk pertama kalinya kami bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Nestle untuk mengelolakan sebuah saluran istimewa sempena Ramadhan dan Raya agar rakyat Malaysia dapat mengakses kandungan bermusim yang sesuai dengan lebih mudah untuk dinikmati bersama seisi keluarga dan rakan-rakan,” kata Sajith Sivanandan, Pengurus Negara Google Malaysia

YouTube Malaysia telah dilancarkan lebih setahun lalu pada bulan Mac 2012, diikuti dengan Program Rakan Kongsi YouTube pada Disember lalu untuk membantu pencipta-pencipta kandungan di Malaysia menjana pendapatan dengan karya mereka.

“Kami berharap bahawa saluran Ramadan YouTube bakal menjadi wadah kepada kandungan tempatan berkualiti yang bermanfaat yang menggambarkan keindahan dan kepelbagaian Malaysia di bulan Ramadan,” tambah Sajith. .

Daripada psy, ke Sukan Olimpik, ke Shake Harlem, YouTube adalah pentas untuk perkembangan trend dalam kandungan dan budaya hari ini – pencipta-pencipta kandungan boleh menyediakan kandungan yang mantap dan berhubung terus dengan peminat setia sepanjang masa.

Apa komen anda?