DiGi Perluas LTE Menjelang Akhir 2014, Catat Untung Besar Baru-Baru Ini

Share Button

digi

DiGi atau nama penuhnya, DiGi.Com Berhad bakal menambah 1,500 tapak untuk rangkaian LTEnya menjelang akhir 2014 di seluruh negara.

Ia akan dilakukan serentak dengan peluasan liputan populasi 3G melebihi 75% menjelang akhir tahun ini menyaksikan penambahbaikan kepada rangkaiannya kepada HSPA+ serta menambah teknologi gentian bagi perkhidmatan internet mudah alih kepada pelanggan.

Sehingga hujung suku lepas, DiGi berjaya menambah 85 peratus liputan di seluruh negara selain rangkaian 3G yang kini diperluaskan kepada 73 peratus.

Pada masa sama, DiGi mencatatkan keuntungan sebanyak RM1.7 bilion pada suku kedua 2013 yang banyak dipacu peningkatan keuntungan perkhidmatan Internet mudah alihnya. Malah peningkatan turut dipacu pembelian peranti pintar peringkat rendah dan pertengahan yang dipakejkan bersama tawaran perkhidmatan Internet selain kejayaan kempen ‘Internet For All’.

Ia menyaksikan peningkatan 3.4 peratus berbanding suku sebelumnya iaitu RM1.5 bilion.

Apa komen anda?