3 Ekspo Dalam 1 Dewan

Share Button

Tiga ekspo berkaitan teknologi maklumat (IT) yang diadakan secara berasingan sebelum ini, iaitu PC Fair, GoMobile dan Digital Lifestyle Expo (DLE) kini digabungkan dalam tiga hari menjadikannya antara pamera terbesar negara.

Ekspo tersebut dijangka mampu menarik minat 135,000 pengunjung apabila ia menampilkan 300 ruang pameran produk IT terkini.

Buat pertama kali, ia turut menampilkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai pempamer terbaru dalam senarai peserta.

Mereka akan menumpukan kepada empat teras utama iaitu penjagaan kesihatan, kehidupan komuniti dan rumah, pengesanan dan pergerakan mesra rakyat.

Tiga ekspo itu akan berlangsung serentak di KL Convention Centre pada 23 hingga 25 Ogos ini,

Apa komen anda?