WD Tawar Cakera Keras Ternipis Di Dunia

Share Button

WD Blue

Western Digital (WD) kini sudah mula menghantar pemacu cakera keras 1TB ternipis di dunia iaitu hanya 7mm dalam WD Blue 2.5 inci yang ditawarkan kepada OEM.

Meskipun bersaiz kecil, ia masih boleh dimuatkan dalam slot 9.5mm bagi notebook. Pada masa sama, ia dilengkapi 6 ciri baru iaitu anti gegar, sejuk dan tidak bising, StableTrac™, Dual Stage Actuators, dipercayai dan sesuai untuk semua.

Ia ditawarkan pada harga RM449 bagi saiz 1TB dan turut ditawarkan pada saiz serendah 320GB.

Apa komen anda?