YouTube Lancar Siaran Berbayar?

Share Button

youtube haji

Google dikhabarkan akan memperkenalkan perkhidmatan saluran langganan YouTube berbayar untuk mengakses kandungan tertentu dengan bayaran bulanan yang munasabah.

Terdapat laporan berita mengatakan Google akan mengenakan caj semurah RM6 bagi 50 saluran yang ditawarkan secara 24 jam.

Syarikat dilaporkan sudah merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan ini sejak sekian lama dan masih menunggu masa sesuai untuk memperkenalkannya.

Ia dikatakan akan mengesahkan perancangan terbabit menjelang Oktober nanti dan Malaysia dikhabarkan bukan antara negara yang mendapat perkhidmatan awal.

Apa komen anda?