iPad 128GB Buat Pesaing Berpeluh

Share Button

Pengumuman Apple iPad SKU baru dengan storan 128GB adalah ‘serangan taktikal’ yang menarik. Walaupun pengguna menyukai pilihan tambahan dan pengguna tegar pula akan berduyun-duyun mencari kapasiti lebih besar, pengeluar tablet berasaskan Android pasti memikirkan strategi lain dengan pantas kalau tidak mahu ketinggalan..

Dengan meningkatkan tahap tertinggi penyimpanan pada iPad, ia akan memacu persepsi orang ramai ke arah ‘tablet harus mempunyai storan 128GB’. Tablet 128GB telah dilihat sebagai sasaran psikologi ke atas pengguna untuk melihat iOS sebagai peranti dalam perspektif berbeza.

Paling penting untuk Apple, mereka menjadi pengeluar pertama dengan kadar storan melangkaui maksimum 64GB yang ditawarkan sekarang.

Persaingan masih berada di sekitar, bayangkan kita mempunyai Nexus 10 pada 16GB atau 32 GB, Galaxy Note pada 16GB ke 64GB. PlayBook BlackBerry (masih wujudkah?) 16GB ke 64GB atau Kindle pada 16GB hingga 32GB bagi saiz tujuh inci atau dan 64GB untuk 8.9.

Apple telah mendahului kesemua pengeluar dengan langkah mengejut. Tiada siapa yang menjangkanya. Mungkin Apple berjaya mengalih tumpuan pengguna lebih kepada iPhone masa depan dan secara tiba-tiba pantas mengumumkan iPad 4 128GB. Ia bermakna pengeluar lain akan perlu mula menawarkan ciri-ciri komputer yang lebih tinggi dalam simpanan atau menghadapi risiko ketinggalan dalam perang spesifikasi.

Apa komen anda?