Google Maps Kembali Ke Pangkuan Apple

Share Button

Google Maps akhirnya kembali ke pangkuan Apple melalui App Store untuk iPhone dan iPad selepas Apple cuba membangunkan petanya sendiri sebelum ini.

Walaubagaimanapun kegagalan membangunkan ciri termasuk navigasi berasaskan suara untuk ‘turn-by-turn’ menyebabkan Apple kembali bersama Google untuk peta tersebut.

Bagaimanapun, navigasi Google masih belum diintegrasikan bersama Siri yang menjadi nadi iOS baru.

Google Maps sekarang boleh didapati di lebih 40 negara dengan 29 bahasa.

Apa komen anda?