Hasrat Sony Bakal Melegakan

Share Button

Sony Computer Entertainment Inc (SCE) hari ini mengumumkan syarikat itu kini membuka Program Pembangun Mudah Alih PlayStation termasuk menyertakan versi rasmi PlayStation Mobile SDK hari ini, dalam usaha untuk mengembangkan lagi dunia peranti sistem operasi terbuka PlayStation berasaskan PlayStation Mobile.

Ia bakal membenarkan pembangun untuk mencipta kandungan khusus untuk PlayStation Mobile. Program tersebut kini terbuka di Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Australia.

Pada masa depan, program tersebut akan diperluaskan ke Hong Kong dan Taiwan serta lebih banyak negara lain.

Program ini sekaligus membolehkan pembangun mudah untuk mengedarkan kandungan mereka melalui PlayStation Store secara komersil dengan pasaran permainan yang memiliki berjuta-juta pemain khusus dengan peranti yang diiktiraf PlayStation Certified dan PlayStation Vita. Yuran lesen perjanjian adalah ¥ 7980 setahun.
Selepas menerima maklum balas daripada pembangun yang telah menggunakan versi beta terbuka sejak April lalu, versi rasmi PlayStation Mobile SDK kini meningkatkan kestabilan sistem. Bersama-sama dengan sokongan teknikal daripada SCE melalui forum pembangun di mana mereka boleh bertukar-tukar maklumat berguna, pembangun juga akan dapat melancarkan terus kandungan yang dicipta dengan versi beta terbuka.

Apa komen anda?