Gangnam Style Raja YouTube

Share Button

Artis Korea, Psy kini menawan dunia YouTube dengan menjadi selebriti paling popular di laman video tersebut dengan jumlah tontonan menjangkau 806 juta sehingga kini.

Ia sekaligus mengalahkan video popular sebelum ini melalui tajuk ‘Baby’ nyanyian Justin Bieber mendapat 804 juta penonton bagi tempoh sama iaitu dalam masa empat bulan selepas ditayangkan di YouTube.

Video yang bertajuk Gangnam Style mula bersiaran pada 15 Julai lalu dan sudah mendapat 5.3 juta ‘Likes’ serta 320,000 ‘Dislikes’ manakala Baby mendapat 1.4 juta Likes dan 3.2 Dislikes.

Semenjak September lepas, Psy dan Bieber bernaung di bawah satu syarikat label yang sama.

Apa komen anda?