Aplikasi Pengesan Kamera AES Mula Didapati

Share Button

Sebuah aplikasi pengesan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibangunkan seorang rakyat tempatan bagi membolehkan pengguna jalanraya mengesan kehadirannya yang mengelak saman dikeluarkan

Aplikasi tersebut mengesan AES pada jarak 500 meter lebih awal dan membunyikan tanda amaran kepada pemandu. Pemandu juga dinasihatkan memasang ‘loudspeaker’ bagi membolehkan bunyinya didengari.

Menariknya, aplikasi tersebut hanya didapati untuk rakyat negara ini yang hanya boleh diakses pengguna Android setakat dan boleh dimuat turun secara percuma. Ia menggabungkan kaedah Google Maps bagi mengesan lokasi AES.

Aplikasi yang siap pada 18 Oktober lalu ini sudah sedia dimuat turun.

AES yang menelan kos mencecah RM800 juta melibatkan pemasangan 831 kamera dan mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan mendapat perhatian apabila pemasangannya diragui samada mahu mendidik pengguna jalan raya atau mengaut keuntungan semata-mata.

Apa komen anda?