ZTE Lancar Telefon LTE Tunggal Pertama Di Dunia

Share Button

ZTE Corporation, sebuah pembekal utama global peralatan telekomunikasi dan penyelesaian rangkaian, mengumumkan pelancaran telefon pintar pertama syarikat dengan cip tunggal LTE , Grand X LTE (T82)  pada CommunicAsia2012 di Singapura.

“Kami adalah syarikat pertama yang menggunakan penyelesaian cip tunggal di telefon bimbit”.

Grand X LTE (T82) akan didapati di Asia Pasifik termasuk Malaysia dan Eropah pada suku  ketiga 2012.

Grand X LTE (T82) telefon menggunakan cip Qualcomm MSM8960 terbaru yang berasaskan teknologi 0.28nm termaju. Apabila dibandingkan dengan kebanyakan model telefon lain di pasaran, model cip tunggal adalah lebih cepat dan lebih cekap tenaga.

Wifi dilengkapkan pada Grand X LTE (T82) dan menggunakan Android 4.0. Ia mempunyai keupayaan CPU dual-core 1.5 GHz, 8MP pada  kamera utama yang menyokong rakaman video 1080p HD dan kamera depan yang menyokong panggilan video 720p HD. Telefon ini mempunyai kadar muat turun maksimum 100M, dan kapasiti bateri besar 1900mAh. Grand X LTE (T82) juga mempunyai rekaan yang unik tanpa butang menyerupai PC tablet mini.

“Kami adalah syarikat pertama yang menggunakan penyelesaian cip tunggal dalam telefon bimbit,” kata Encik He Shiyou, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Bahagian Telefon bimbit Terminal, ZTE. “Produk siri Grand adalah tawaran mewah utama kami tahun ini bertujuan untuk meningkatkan profil di pasaran mewah dengan siri Grand.”

ZTE mula melabur dalam peranti LTE pada tahun 2008. Syarikat itu kini memegang 7 peratus daripada semua paten LTE global di kalangan vendor. Di samping itu, ZTE baru-baru ini memenangi Anugerah Peralatan Terbaik LTE pada LTE World Summit 2012, penghormatan industri yang paling tinggi dalam bidang itu.

Apa komen anda?