Telefon Boleh Dibawa Berenang Masuk Ke Malaysia

Share Button

ZTE iaitu syarikat dari China yang dikhabarkan menduduki tangga keempat sebagai pengeluar telefon bimbit paling popular di Amerika Syarikat mempunyai sebuah telefon pintar kalis air yang beroperasi pada Android 2.3 (Gingerbread).

Telefon dengan model V882 tersebut didatangkan dengan paparan 3.8 inci WVGA yang cerah dan ia beroperasi secara lancar di mana pengguna boleh meleretkan antaramukanya dari satu halaman ke halaman yang lain walaupun di dalam air.

Lebih menarik, menerusi demonstrasi yang ditunjukkan di Singapura, pengguna boleh merakam foto atau merekod video dalam air dengan baik menunjukkan kehebatan pembuatan telefon berbucu bulat tersebut.

Ia dihadirkan bersama kamera 5.0 megapiksel dengan kemudahan lengkap ke sambungan internet dan mempunyai beberapa warna termasuk biru, hijau dan merah.

Dengan format kalis air IP57, model V882 juga mempunyai sambungan Bluetooth dan sudah berada di pasaran China dan Amerika Syarikat.

Sumber memberitahu, telefon tersebut akan berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan harga berpatutan iaitu kurang daripada RM1,200.

Apa komen anda?