Test Produk: U Mobile, Di Luar Jangkaan

Seperti biasa yang kita lalui setiap hari, internet memainkan peranan yang sangat pentingkan sehinggakan sesuatu urusan payah dilaksanakan jika aksesnya terputus.

Gunanya internet seakan menggantikan telefon untuk berkomunikasi, melakukan kerja sekolah atau membuat kajian bagi menyelesaikan assignment kolej/universiti sehinggalah menyediakan pembentangan (presentation) di depan bos.

Biasalah, zaman sekarang, tidak 100% orang lekat di satu tempat untuk mendapatkan internet. Kadang-kadang anda berada di KLCC tapi setengah jam kemudian anda perlu berada di Sungai Besi pula. Dengan laptop yang dibawa, pilihan internet juga penting.

Tapi, untuk mendapatkan pembekal telekomunikasi yang benar-benar memberikan tawaran terbaik kepada anda juga kadangkala memeningkan, ada yang tawarkan kepantasan, ada yang tawarkan harga, ada yang tawarkan poin ‘value added’. Letih untuk anda pilih. Tapi seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain, harga tetap pilihan nombor satu!

Nasib baik, ada pembekal yang menawarkan pelan yang bukan saja murah atau berpatutan tapi ia langsung tidak berkompromi terhadap kapasiti data yang disalurkan kepada pengguna, itulah U Mobile (U Mobile Sdn Bhd)!

Sejak dilancarkan hinggalah sekarang, U Mobile pantas menyediakan kapasiti internet yang positif dengan tawaran paling menarik sekarang berkelajuan 42Mbps. Ia angka yang dicatatkan di atas kertas namun tidak mustahil untuk mendapatkan kelajuan sedemikian. Setelah diuji, rekod menunjukkan ia mampu menghampiri tahap tersebut.

Biasanya kami mendapat purata maksimum 10Mbps tapi dengan U Mobile, kapasitinya lebih besar dan stabil.

Lokasi? Setakat ini, kami sudah mencuba kelajuan 42Mbps di beberapa lokasi bermula di Lembah Klang dari Shah Alam ke Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya; Negeri Sembilan (Port Dickson dan Seremban) serta Johor (Johor Bahru).

Ia mungkin berjaya dilaksanakan selepas U Mobile dengan penempatan lebih 1,300 tapak yang telah ditempatkan di wilayah tengah, selatan dan utara bagi memastikan capaian 42Mbps dapat dinikmati pengguna.

Ada yang mungkin bertanya, sebab apa kelajuan 42Mbps itu penting? Sebenarnya ia memastikan pengguna boleh mengakses internet 3 hingga 5 kali pantas berbanding capaian internet yang ditawarkan pasaran sedia ada.

Berbalik semula kepada persoalan harga, kenapa pelan U Mobile menarik? Sebabnya, setakat ini ada w pelan data serendah RM68 sebulan bagi pelan 5GB dan RM108 sebulan untuk pelan 20GB.

Bagi penggunaan biasa mengikut pandangan kami seperti melayari internet, membuka Facebook, Twitter, memuat turun muzik, filem dan bla…bla, pelan RM48 pun sudah cukup! Menonton video YouTube pun boleh tapi lebih baik kalau anda dapatkan pelan yang lebih sikit supaya lebih selesa.

Dengan kelajuan 42Mbps, kami dapati perkataan ‘buffering’ tidak akan wujud dalam rangkaian U Mobile, sesuatu yang di luar jangkaan bagi syarikat yang dikira baru di pasaran.

Secara ringkasnya, U Mobile yang datang dengan 42Mbps merupakan berita baik kepada pengguna di internet di negara ini, cukup melegakan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>